+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Teknik Trade Divergence

Divergence berlaku apabila pergerakan harga tidak selari atau dengan kata lain bergerak berlawanan / songsang dengan pergerakan indicator. Apabila berlakunya divergence, kita dapat mengesan sesuatu setup gerakan samada untuk bergerak naik atau membuat terjunan. Jadi, sangat bagus untuk pelajari bagaimana untuk mengesan setup divergence kerana lebih jelas untuk melihat arah tuju gerakan chart. Jadi, ini akan membantu semasa membuat keputusan untuk entry sesuatu kaunter dan juga exit.

Dua Jenis Divergence

Terdapat dua jenis divergence iaitu bullish divergence dan juga bearish divergence. Bullish divergence berlaku apabila harga sedang bergerak turun ke bawah tetapi indicator bergerak menuju ke atas. Begitu juga sebaliknya apabila berlakunya bearish divergence dimana harga sedang menaik ke atas tetapi indicator sedang bergerak ke bawah. Jadi, jika dapat memahami setup divergence ini, mudah untuk entry di tapak dan exit di puncak. Low risk high reward.

Indicator Yang Boleh Digunakan Untuk Divergence

Bukan semua indicator yang boleh digunakan untuk teknik trade divergence ya. Antara indicator yang boleh digunapakai untuk mengukur gerakan divergence adalah indicator volume, MACD line, MACD histogram, RSI, Stochastic, Chaikin Money Flow, CCI Index, Momentum dan On Balance Volume (OBV). Cuma tidak perlu gunakan semua indicator dalam satu masa. Cukup satu hingga tiga indicator sahaja.

Padanan Indicator Untuk Teknik Trade Divergence

Untuk Teknik Trade Divergence kami gunakan indicator MACD dan RSI serta dibantu oleh indcator Moving Average. Untuk setup gerakan arah tuju chart yang lebih jelas, memang menarik apabila digabungkan indicator MACD dan RSI dengan multiple moving average. Teknik trade divergence ini ianya boleh digunakan di semua platform samada saham, FCPO, Oil, Gold, Kripto, Forex dan sebagainya. Jadi sangat berbaloi untuk di pelajari dan di fahami.

Video Pemantapan Ilmu

Pelajari secara menyeluruh dari pengenalan sehingga ke teknik trade advanced SETUP Divergence. Sesuai untuk yang baru belajar trade (beginner) sehingga yang sudah biasa trade tapi hendak menambah ilmu dan memantapkan ilmu tentang teknik trade divergence.

Antara topik-topik yang akan dikongsikan didalam video ini adalah seperti berikut :

Pengenalan tentang Divergence

Teknik Penggunaan Indicator EMA, MACD dan RSI

Bagaimana Mengesan Setup DIvergence?

Belian Di Dasar (Bullish Divergence) dan Jualan di Puncak (Bearish Divergence)

Teknik Trade Divergence di Multiple Time Frame

Gabungan Box Trading dengan Setup Divergence

Tips trading dan bagaiman untuk sediakan Trading Plan berdasarkan Teknik Divergence

Klik button Subscribe untuk menonton video pemantapan ilmu.

Teknik Trade Divergence

Verified by MonsterInsights