
Analisis Teknikal : Asas ke Pertengahan (Beginner to Intermediate)
Analisis teknikal adalah kajian pada chart sesuatu kaunter saham merujuk kepada sejarah harga terdahulu. Kebiasaannya, analisis teknikal trader akan buat kajian tentang chart pattern, candle pattern, trendline, aras support dan resistance (SnR), kajian multiple time frame, signal entry (buy) dan exit (sell), kiraan risk reward ratio seterusnya menyediakan trading plan sebagai rujukan dan panduan. Kajian chart ini biasanya akan dibantu dengan menambah beberapa indicator ke dalam chart. Indicator sebagai panduan untuk menentukan kekuatan halatuju kaunter dan juga kekuatan signal belian atau jualan. Banyak perkara kena kaji dan ambil kira sebelum membeli sesuatu kaunter saham kerana ianya melibatkan duit. Kena sentiasa maksimumkan keuntungan dan minimumkan kerugian. Memang tak boleh lari dari kerugian didalam bersaham, tetapi sebagai seorang trader, kita kena tahu bagaimana untuk minimumkan kerugian itu.
Trendline
Indicator Chart
Support, Resistance dan Trading Plan
Video Pemantapan Ilmu
Pelajari secara menyeluruh dari asas sehingga pertengahan (basic to intermediate) tentang analisis teknikal. Pelbagai topik yang akan dipelajari didalam memantapkan ilmu trade dan sebagai persediaan untuk berjual beli saham.
Antara topik-topik yang akan dikongsikan didalam video pemantapan ilmu ini adalah seperti berikut :