+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Teknik Trade Dengan SETUP ICHIVERGENCE

Teknik Trade Dengan SETUP ICHIVERGENCE

SETUP Ichivergence adalah teknik trade istimewa yang menggabungkan indicator Ichimoku Cloud dengan Teknik Trade Divergence. SETUP terbaik kerana mudah difahami, mudah dilihat dan signal yang meyakinkan. Dengan SETUP Ichivergence ini mudah untuk membuat sambutan di tapak samada tapak aras reversal untuk kaunter uptrend dan juga tapak untuk kaunter sideway dan downtrend. Belian dekat dengan aras sokongan dan jauh dengan rintangan. Low risk high reward. So, memang emosi akan lebih tenang nak trade. Sesuai juga digunakan untuk FIFO dan Intraday.

Indicator Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud)

Ichimoku Kinko Hyo adalah indicator dibawah kategori trend indicator. Jadi sebenarnya kita dapat melihat trend sesuatu kaunter menggunakan indicator ini. Ianya merupakan satu indicator yang versatil dimana kita boleh tentukan aras sokongan dan rintangan yang kuat, melihat momentum harga, dan juga trading signal iaitu buy signal ataupun sell signal. Ianya juga dikenali sebagai Ichimoku Cloud kerana ada pattern awan pada indicator ini. Jika dapat memahami teknik penggunaannya, Ichimoku Cloud ini dapatlah kita terjemahkan sebagai “one look equilibrium chart”. Dengan sekilas pandang, trader dapat lihat potensi keseluruhan sesuatu kaunter. Hebat indicator ni.

Indicator Yang Digunakan Untuk Setup Divergence

Divergence berlaku apabila pergerakan harga tidak selari atau dengan kata lain bergerak berlawanan / songsang dengan pergerakan indicator. Apabila berlakunya divergence, kita dapat mengesan sesuatu setup gerakan samada untuk bergerak naik atau membuat terjunan. Jadi, sangat bagus untuk pelajari bagaimana untuk mengesan setup divergence kerana lebih jelas untuk melihat arah tuju gerakan chart. Jadi, ini akan membantu semasa membuat keputusan untuk entry sesuatu kaunter dan juga exit. Terdapat dua jenis divergence iaitu bullish divergence dan bearish divergence. Jika kita dapat fahami setup kedua-dua divergence ini, lebih mudah untuk entry di tapak dan exit di puncak atau elakkan entry di puncak. Untuk pasaran dua hala, pasti lebih menguntungkan. Inidicator yang digunakan adalah MACD, RSI dan EMA.

Gabungan Ichimoku dan Divergence Menghasilkan SETUP ICHIVERGENCE

Apabila Indicator Ichimoku Cloud digabungkan dengan Teknik Divergence maka terhasillah satu SETUP yang sangat menarik. Hanya perlu scan kaunter, kaji, analisis, siapkan garisan SnR dan trading plan seterusnya set alert dan tunggu alert muncul atau jika monitor rapat, tunggu pecah aras penentu hala tuju. Boleh dikatakan semua kaunter mempunyai setup gerakan yang hampir sama. Jadi, pasti trade akan jadi lebih murah, menceriakan dan paling penting menguntungkan. Memang sangat berbaloi untuk pelajari teknik Setup Ichivergence ini. Ramai yang dah mencuba dan ramai yang memberikan testimoni yang positif. Syukurlah.

Video Pemantapan Ilmu

Pelajari secara menyeluruh dari pengenalan sehingga ke teknik trade advanced SETUP Ichivergence. Sesuai untuk yang baru belajar trade (beginner) sehingga yang sudah biasa trade tapi hendak menambah ilmu dan memantapkan ilmu tentang teknik trade divergence. Anda akan terima empat video pembelajaran yang boleh diulang-ulang tonton sehingga faham. Access untuk tontonan video pembelajaran adalah selama 2 bulan.

Antara topik-topik yang akan dikongsikan didalam video ini adalah seperti berikut :

Penerangan tentang indicator Ichimoku Cloud dari yang sangat basic ke yang sangat advanced

Teknik Penggunaan Indicator EMA, MACD dan RSI (basic to advanced) dan setup divergence

Pelajari bagaimana untuk setup Support & Resistance yang sangat tepat

Signal Entry (Buy) dan Exit (Sell)

Teknik Sukkan Di Dasar. Low Risk High Reward

Bagaimana Untuk Setup Trading Plan dengan teknik Ichivergence?

Bagaimana nak tahu kaunter dah lemah dan elakkan sangkut puncak

Teknik Fifo dan Intraday dengan menggunakan Teknik Ichivergence

Cara lukis chart pattern menggunakan awan ichimoku

Aras target berdasarkan chart pattern

Bagaimana Mengesan Setup Ichivergence?

Belian Di Dasar (Bullish Divergence) dan Jualan di Puncak (Bearish Divergence)

Teknik Trade Ichivergence di Multiple Time Frame

Gabungan Box Trading dengan Setup Divergence

Klik button Subscribe untuk menonton video pemantapan ilmu.

Teknik Trade Setup IchiVergence
Verified by MonsterInsights