+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Teknik Trade Dengan Ichimoku Cloud

Teknik Trade Dengan Ichimoku Cloud

Ichimoku Kinko Hyo adalah indicator dibawah kategori trend indicator. Jadi sebenarnya kita dapat melihat trend sesuatu kaunter menggunakan indicator ini. Ianya merupakan satu indicator yang versatil dimana kita boleh tentukan aras sokongan dan rintangan yang kuat, melihat momentum harga, dan juga trading signal iaitu buy signal ataupun sell signal. Ianya juga dikenali sebagai Ichimoku Cloud kerana ada pattern awan pada indicator ini. Jika dapat memahami teknik penggunaannya, Ichimoku Cloud ini dapatlah  kita terjemahkan sebagai “one look equilibrium chart”. Dengan sekilas pandang, trader dapat lihat potensi keseluruhan sesuatu kaunter. Hebat indicator ni.

Tiga Petunjuk Dari Awan Ichimoku

Awan Ichimoku ada dua warna. Satu warna hijau (bullish cloud) dan satu warna merah (bearish cloud). Awan ichimoku ini juga bertindak sebagai aras sokongan dan juga aras rintangan. Candle diatas awan, kemudian bocor awan akan terus junam kebawah kerana bocor aras sokongan awan. Begitu juga apabila candle dibawah awan kemudian naik ke atas awan, akan terus naik kerana berjaya memecahkan aras rintangan awan. Ada 3 petunjuk daripada awan ichimoku ini iaitu :

1) Harga / candle diatas awan = bullish trend

2) Harga / candle didalam awan = sideway /flat trend

3) Harga / candle di bawah awan = bearish trend

Awan ichimoku bergerak 26 hari lebih awal ke hadapan, jadi kita boleh lihat future support & resistance.

Tiga Komponen Garisan

Terdapat tiga garisan pada indicator Ichimoku selain daripada komponen awan iaitu Kijun, Tenkan dan Chikou. Cuma bila dilihat di laman web TradingView. garisan-garisan ini ditukar nama kepada perkataan Inggeris iaitu Based Line, Conversion Line dan Lagging Span. Apakah fungsi garisan-garisan ini?

1) Chikou (Lagging) Span adalah garisan momentum gauge.

2) Kijun (Based line) adalah harga dasar / lantai. Untuk signal belian, harga cross up kijun = buy signal. Kijun boleh dijadikan sebagai aras sokongan dan rintangan yang kuat. Jika harga diatas kijun, kijun adalah aras sokongan, manakala jika harga di bawah kijun, kijun adalah aras rintangan.

3) Tenkan (Conversion line). Untuk signal belian, Harga berada di atas tenkan dan tenkan cross up kijun = buy signal.

Apa Yang Menariknya Indicator Awan Ichimoku Ini?

Untuk satu indicator ini, kita boleh melihat banyak perkara dalam satu masa. Sebab itu ianya dikenali sebagai ``One Look Equilibrium Chart``. Dengan sekilas pandang, kita boleh mengenalpasti halatuju gerakan sesuatu kaunter. Dengan indicator ini kita dapat kenalpasti trend semasa, kekuatan trend, aras support dan resistance yang tepat (ngam-ngam sentuh), aras-aras sambutan untuk potensi reversal, aras puncak harga, harga lantai dan aras saukkan di dasar (low risk, high reward), dapat lihat dengan jelas SETUP yang pada sesuatu kaunter sebelum membuat kenaikkan, chart pattern dan price cycle untuk sesuatu kaunter dimana kita boleh lihat fasa accumulation, mark up, distribution serta mark down. Sangat menarik kalau dapat mahirkan diri dengan indicator Ichimoku Kinko Hyo / Ichimoku Cloud ini. SETUP yang lebih menarik jika digabungkan dengan Divergence.

Video Pemantapan Ilmu

Pelajari secara menyeluruh dari pengenalan sehingga ke teknik trade advanced dengan menggunakan Indicator Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud). Sesuai untuk yang baru belajar trade (beginner) sehingga yang sudah biasa trade tapi hendak menambah ilmu, belajar tentang setup saukkan di dasar dan memantapkan teknik trade. Anda akan terima dua video yang bertajuk : The Power and The Art of Ichimoku Kinko Hyo (Cloud) dan Chart Pattern Based on Ichimoku Cloud. Tajuk sahaja dalam English, tapi video dalam Bahasa Melayu.

Antara topik-topik yang akan dikongsikan didalam video ini adalah seperti berikut :

Penerangan tentang indicator Ichimoku Cloud dari yang sangat basic ke yang sangat advanced

Pelajari bagaimana untuk setup Support & Resistance yang sangat tepat

Signal Entry (Buy) dan Exit (Sell)

Situasi Untuk Hold atau Swing Kaunter dan Bila Perlu Exit Position Hold / Swing (Jual)

Teknik Sukkan Di Dasar. Low Risk High Reward.

Bagaimana Untuk Setup Trading Plan dengan Ichimoku Cloud?

Bagaimana nak tahu kaunter dah lemah dan elakkan sangkut puncak

Teknik Fifo dan Intraday dengan menggunakan Ichimoku

Teknik swing long kaunter

Teknik Setup To The Moon.. bawalah daku ke bulan

Cara lukis chart pattern menggunakan cloud ichimoku

Aras target berdasarkan chart pattern

Menjawab persoalan “kenapa bila dah muncul awan hijau di hadapan tapi kaunter junam?”

Banyak sungguh boleh belajar kan? Memang sangat berbaloi. Jemput la subscribe video Teknik Trade Dengan Ichimoku Cloud ini ya. Semoga bermanfaat dan lebih tenang untuk trade serta beroleh keuntungan yang konsisten.

Klik button Subscribe untuk menonton video pemantapan ilmu.

Teknik Trade Dengan Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud) - Basic to Advanced
Verified by MonsterInsights