+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Fundamental Analysis – Apa Yang Perlu Trader Tahu

Fundamental Analysis - Apa Yang Trader Perlu Tahu?

Untuk mengetahui kekuatan asas perniagaan dan nilai sesuatu kaunter saham, kita kena buat analisis fundamental. Dengan analisis fundamental, kita boleh lihat potensi jangka panjang sesuatu kaunter saham dan memberikan keputusan kepada kita didalam memilih kaunter untuk melabur saham. Secara kesimpulannya, Dengan membuat analisis fundamental seorang trader cuba untuk memahami dan meramalkan nilai intrinsik saham berdasarkan analisis mendalam terhadap pelbagai faktor ekonomi, kewangan, kualitatif dan kuantitatif. Jika ingin membuat pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang, kebiasaanya kita akan buat analisis fundamental akan tetapi jika hanya berminat dengan pelaburan jangka pendek, cukup untuk bergantung kepada analisis teknikal dengan membuat analisis dan kajian pada chart kaunter saham.

Mengapa Analisis Fundamental Itu Penting?

Analisis fundamental, seperti analisis teknikal, cuba meramalkan saham mana yang bernilai dan mana yang tidak. Menurut peminat analisis fundamental, analisis asas menawarkan gambaran yang lebih lengkap tentang kemungkinan pergerakan keseluruhan pasaran saham dan kaunter saham kerana kerana kajian yang lebih mendalam dan banyak elemen yang diambilkira di dalam analisis. Sebaliknya. analisis teknikal pula hanya melihat data masa lalu (history) harga saham. Selain itu, dengan analisis fundamental kita boleh tahu samada kaunter itu cukup kuat atak sekadar gorengan sementara sahaja (pump and dump).

Apa itu CANSLIM?

CANSLIM ialah sistem untuk memilih ``strong performing growth stocks`` dengan menggunakan gabungan teknik analisis fundamental dan teknikal. Dicipta oleh Willian J. O'neil. CANSLIM adalah gabungan daripada acronim C – current quarterly earnings, A – annual earnings, N – new product, service, or management, S – supply and demand, L – leaders or laggards, I – institutional ownership, and M – market direction.

Pelajari Tentang Komponen-Komponen Yang Diambil Kira Dalam Fundamental Analysis

Ada banyak komponen yang diambilkira dalam membuat analisis fundamental selain dari CANSLIM. Antaranya tentang Quarter Report (apa yang perlu diberikan perhatian), Earning per Share (EPS), Return of Equity (ROE), Price Per Earning Ratio (P/E), Net Tangile Asset (NTA), Dividen, Split Share, Bonus Issue, Share Buy Back dan banyak lagi. Untuk pelajari tentang semua ini, boleh la subscribe video pembelajaran tentang ``Fundamental Analysis`` ya.

Video Pemantapan Ilmu

Pelajari secara menyeluruh tentang Fundamental Analysis : Apa Yang Trader Perlu Tahu. Bagaimana untuk pilih kaunter yang berkualiti dan mempunyai fundamental yang kuat dan kukuh. Biasanya kalau harga jatuh / turun pun, akan naik semula. Berbeza dengan kaunter yang fundamental lemah dan teruk. Biasanya kena goreng je. Lalu naik, laju junam then tak naik-naik dah.

Antara topik-topik yang akan dikongsikan didalam video ini adalah seperti berikut :

Apa itu Main Market dan ACE Market?

Market Capital dan Pengaruhnya Pada Kaunter Saham

Pecahan Kategori Sektorial di Bursa Malaysia

Penerangan Tentang Akaun CDS

Bagaimana Untuk Bezakan Antara Kaunter Ringan dan Berat

Apa Itu Kaunter Goreng (Pump and Dump). Bagaimana hendak detect dan tumpang?

Apa Itu Dividen, Share Buy Back, Bonus Issue, Split Share, Consolidation, Private Placement dan Right Issue? Kesan kepada kaunter saham.

Pelajari Tentang Price Earning Ratio (P/E), Earning per Share (EPS), Net Tangible Assets (NTA), Return on Equity (ROE), Dividen Yield dan Debt Equity Ratio.

Pelajari Tentang Quarter Report. Apa yang perlu baca dalam Quater Report?

Kajian Kesan EPS kepada Pergerakkan Harga Saham.

Klik button Subscribe untuk menonton video pemantapan ilmu.

Fundamental Analysia - Apa Yang Trader Perlu Tahu
Verified by MonsterInsights