+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Teknik Trade Dengan Indicator Relative Strength Index (RSI)

Teknik Trade Dengan Indicator Relative Strength Index (RSI)

Indicator Relative Strength Index (RSI) adalah indicator dari kumpulan momentum. Jadi jelas fungsinya adalah untuk mengukur kekuatan momentum sesuatu kaunter. Indicator ini memang sangat popular dan digunakan secara meluas bukan sahaja untuk analisis chart saham, tapi untuk analisis chart selain platform saham seperti FCPO, Kripto, Oil dan Forex. Jadi, memang penggunaannya secara universal. Tapi, konsep pemahamannya tetap sama. Untuk RSI, terdapat 3 nilai utama iaitu 30, 50 dan 70.

Tiga Aras Petunjuk Kekuatan Kaunter Dengan RSI

Terdapat tiga aras yang digunakan sebagai petunjuk kekuatan kaunter dengan menggunakan indicator RSI iaitu aras 30, 50 dan 70. Aras di bawah 30 menunjukkan kaunter oversold atau terlebih jual, demand over supply (seller ramai), kemudian ada potensi untuk naik membuat pusingan ke atas mencari aras 50 samada solid reversal atau hanya sekadar technical rebounce. Aras di atas 50 menunjukkan kaunter mempunyai kekuatan bullish dan ada potensi untuk membuat kenaikkan. Aras di atas 70, menunjukkan kaunter mempunyai kekuatan momentum yang sangat kuat. Kita dapat jumpa biasanya candle yang besar-besar semasa RSI diatas aras 70. Akan tetapi, status kaunter juga menjadi overbought atau terlebih beli. supply over demand (buyer ramai). Kena hati-hati kerana nanti akan kena flush apabila RSI turun dari aras 70 menuju ke aras 50.

Adakah Cukup Analisis Chart Guna RSI Sahaja?

Seeloknya RSI dipadankan dengan dua atau tiga indicator lain untuk signal trade yang lebih jelas, Biasanya RSI dipadankan dengan MACD (trend indicator), moving average dan bollinger band.

RSI Divergence

Teknik Trade RSI Divergence menarik untuk dipelajari kerana dengan setup divergence ini mudah untuk kita kesan gerakan tersembunyi yang akan dilakukan oleh sesuatu kaunter samada untuk naik atau mula turun. Didalam video pembelajaran ini, kita akan cover untuk topik Teknik Trade Dengan RSI Divergence juga. Jadi memang berbaloi untuk subscribe.

Video Pemantapan Ilmu

Pelajari secara menyeluruh tentang teknik trade dengan menggunakan indicator RSI. Sesuai untuk yang baru belajar trade (beginner) sehingga yang sudah biasa trade tapi hendak menambah ilmu dan memantapkan ilmu tentang teknik trade menggunakan indicator RSI. Pelajari juga cara mengesan setup gerakan tersembunyi sesuatu kaunter saham dengan Teknik Trade RSI Divergence.

Antara topik-topik yang akan dikongsikan didalam video ini adalah seperti berikut :

Pengenalan dan Konsep Penggunaan Indicator RSI

Setting RSI di Tradingview

Cara Scan Kaunter Berdasarkan RSI Menggunakan Tradingview

Penerangan Tentang Teknik Trade Dengan RSI

Signal Buy, Sell dan Hold

RSI Sebagai Aras Sokongan dan Rintangan

Bagaimana Mengukur Kekuatan dan Kelemahan Kaunter Dengan RSI

Teknik Trade Dengan RSI Divergence

Setup Belian DI Tapak dan Jualan Di Puncak Dengan RSI

Update Indicator RSI Di Tradingview dan Idea Teknik Trade?

Klik button Subscribe untuk menonton video pemantapan ilmu.

Teknik Trade Relative Strength Index (RSI) - Basic to Advanced
Verified by MonsterInsights