Sebelum membuat belian sesuatu kaunter saham, adalah satu keperluan untuk membuat kajian dan analisis kaunter chart kaunter saham. Cuma, bagi mereka yang baru belajar trade saham, apakah langkah – langkah yang perlu dilakukan dalam membuat kajian dan analisis chart?
1) Scan / Screen Kaunter
Pertama sekali untuk cari kaunter yang berpotensi, kena scan / screen kaunter terlebih dahulu. Paling mudah scan kaunter di laman web tradingview.com. Kepada yang belum ada akaun dengan TradingView, boleh KLIK SINI untuk daftar akaun percuma. Perlu daftar akaun untuk simpan analisis kajian chart yang anda lakukan. Apa yang nak di scan? Sebagai contoh cari kaunter yang cross up EMA50 sebab secara teorinya kaunter yang berjaya naik atas garisan EMA50, akan mempunyai kekuatan bullish. Cuma kena tengok pattern dan trend chart. Kalau chart downtrend atau sideway, jadi kekuatan temporary bullish. Kalau kaunter uptrend jadi kekuatan bullish yang lebih kuat.
Selain membaca posting ini, boleh juga tonton video di bawah ini ya :
2) Buka Chart Besar Untuk Lihat Trend Kaunter Dan Chart Pattern. (Amalkan Trade Kaunter Uptrend, Lebih Tenang Dan Menguntungkan)
Selepas mendapat senarai kaunter hasil daripada scanner / screener, langkah seterusnya adalah buka chart kaunter – kaunter tersebut. Buka chart yang besar untuk lihat trend kaunter samada downtrend, sideway atau uptrend. Kemudian lukiskan chart pattern untuk pattern keseluruhan chart dan juga pattern semasa chart. Jika dapat memahami chart pattern, lebih mudah untuk membuat analisis dan menjangka halatuju gerakan chart yang seterusnya. Untuk emosi yang lebih tenang, cari kaunter yang sedang dalam fasa uptrend dan mempunyai chart pattern yang mudah dilihat dan dilukis. Abaikan kaunter yang tidak mempunyai pattern atau sukar untuk menentukan pattern semasa. Pastinya akan beri kesukaran jika anda membuat belian kaunter tersebut. KLIK SINI jika berminat untuk pelajari tentang Teknik Trade dengan Chart Pattern.
3) Guna Naked Chart (Candle & Volume) Untuk Garis Aras Support Dan Resistance (S&R) Yang Kuat. Kenalpasti Aras & Lokasi Penentu Arah Tuju.
Untuk lebih mudah menentukan aras rintangan dan sokongan kuat, gunakan naked chart iaitu chart yang hanya ada candle dan volume sahaja. Cari aras yang banyak kali di uji oleh candle. Jadikan sebagai aras sokongan dan rintangan. Kemudian kenalpasti aras dan lokasi penentu arah tuju. Biasa ianya merupakan aras rintangan keras atau aras rintangan / neckline chart pattern. Boleh juga KLIK SINI untuk baca entry bertajuk “Fahami Tentang Aras Sokongan, Aras Rintangan, Trading Plan dan Aras Sambutan“.
IKLAN
4) Masukkan Beberapa Indicator Dari Kumpulan Yang Berbeza Sebagai Bantuan Untuk Analsis Signal, Potensi Gerakan dan Aras Target Kaunter.
Seterusnya, masukkan beberapa indicator ke dalam chart untuk membantu anda melihat signal (belian atau jualan) yang terhasil daripada indicator serta untuk melihat potensi gerakan dan aras target sesuatu kaunter. Kebiasaannya, jika harga naik dari bawah dan garisan EMA200 berada diatas, jadikan aras rintangan keras / aras target / aras take profit di EMA200. Pastikan anda guna indicator dari kumpulan yang berbeza. KLIK SINI untuk baca entry bertajuk “Penggunaan Indicator Dalam Analisis Chart”
5) Setup Trading Plan Yang Mengandungi Entry Price (EP), Support (S), Cut Loss Level (CL), Resistance (R) dan beberapa Target Price (TP). Kira Risk & Reward Ratio. Seeloknya 1 :3. 1 Risk 3 Reward. Low Risk High Reward.
Selepas siap membuat analisis chart, langkah seterusnya adalah menyediakan Trading Plan yang lengkap dengan Entry Price (EP), Aras Sokongan Kuat (Support, S), Aras Rintangan Kuat (Resistance, R), Aras Cut Loss (CL) dan beberapa aras Target Price (TP) berdasarkan taburan candle atau daripada indicator. Lebih bagus kira risk reward ratio siap -siap. Entry yang bagus adalah keadaan dimana risk reward rationya 1 nisbah 3, 1: 3. Dimana 1 untuk risiko, 3 untuk reward. Low risk high reward.
6) Set Alert Siap – Siap dan Monitor Gerakan Kaunter
Selepas semuanya siap sedia, langkah terakhir adalah set alert di aras penentu arah tuju dan sekali sekala monitor gerakan kaunter tersebut. Kajian dan analisis chart ini tidak semestinya selepas kaji terus boleh entry kaunter tersebut, sebaliknya kena tunggu aras dan keadaan terbaik untuk entry, baru tekan buy. Lebih mudah untuk profit dan lebih tenang untuk trade kalau macam itu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Kongsikan dengan rakan – rakan trader yang lain ya. Jika berminat untuk pelajari tentang Analisis Teknikal, boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu bertajuk Pakej Lengkap Analisis Teknikal. Boleh KLIK LINK ini atau klik pada image di bawah:
Pingback: Teknik Scan dan Screen Kaunter Dengan Tradingview - Teknik Trade : Ichivergence Hunter