Sebagai trader saham yang serius dan sistematik, seeloknya kita perlu ada jurnal trading yang menyimpan rekod aktiviti jual beli saham yang kita lakukan. Tak perlu jurnal trading yang complicated, buat yang simple – simple je pun ok. Guna Microsoft Excel je. Yang penting mudah nak isi maklumat trading dan juga mudah untuk monitor.
Apa yang perlu ada dalam sebuah Jurnal Trading? Seeloknya asingkan trading jurnal mengikut bulan. Jadi setiap bulan ada satu Jurnal Trading. Lebih mudah untuk monitor. Berikut adalah item – item yang perlu ada dalam sebuah jurnal trading:
- Tarikh Belian
- Nama Kaunter
- Entry Price
- Jumlah Lot Belian
- Catatan kenapa beli? Teknik entry yang digunakan?
- Jumlah modal semasa belian = Entry Price + Jumlah Lot + Transaction Fee
- Tarikh Exit
- Exit Price (Jual)
- Jumlah Lot Jualan
- Catatan kenapa jual / exit?
- Jumlah modal semasa jualan = Exit Price + Jumlah lot + Transaction Fee
- Profit / Loss dalam RM
- Profit / Loss dalam %
- Jumlah keseluruhan Profit / Loss sepanjang bulan
Untuk kiraan Transaction Fee, boleh KLIK SINI untuk baca entry bertajuk “Kiraan Transaction Fee Dalam Setiap Kontrak Jual Beli Saham”
Di atas ini adalah contoh trading jurnal. Kalau minat nak guna, boleh la download ya. Format Excel. Nanti di bawah kami akan share download link, so boleh la download dan guna ya. Cuma baca dulu penerangan ringkas cara nak isi dan guna trading jurnal ini. Untuk download Jurnal Trading, boleh scroll di bawah artikel ini ya.
Iklan. Jika berminat untuk belajar trade saham secara one to one (personal coaching), jemput sertai sesi personal coaching yang kami sediakan. Maklumat lanjut boleh tonton video di bawah ini ya :
Screenshot di atas kami ada isikan beberapa bahagian sebagai contoh. Jadi, boleh nampak cara nak isi kan? Di hujung kita boleh nampak profit / loss dalam bentuk RM dan %. Di bawah sekali jumlah keseluruhan untuk satu bulan. Kenapa ada banyak nilai 0? sbb column tu dah siap ada formula kiraan. Oleh sebab tak isi lagi, jadi akan keluar nilai 0. Untuk P/L %, ruangan tersebut keluar nilai #DIV/0! error sebab belum boleh ada isi apa-apa di bahagian yang sepatutnya. Jadi, bila dibahagikan dengan 0, maka akan jadi error. Tapi, jangan risau, bila dah isi nanti akan keluar nilai. Seperti contoh di atas.
Untuk tambah row, kena copy terlebih dahulu row sediada dan kemudian paste. Jika tidak, nanti formula kiraan tidak follow.
Setelah berakhirnya satu bulan trade, jika masih ada ruangan row sediada yang belum digunakan, sila Delete dan tinggalkan row untuk row berisi maklumat kaunter terakhir. Jika tidak jumlah keseluruhan P/L dalam bentuk % akan error dan tidak dapat memberikan nilai dalam bentuk nombor. Ini sekaligus akan turut akan menjadi error di bahagian Total Summary Jurnal Trading. Kami juga ada sediakan satu sheet untuk Total Summary Jurnal Trading yang terletak di sebelah Sheet Dec 23. Rujuk image di bawah:
Buat masa ini default adalah 0 untuk jumlah P/L dalam RM dan error #DIV/0! untuk jumlah P/L dalam % kerana masih belum ada sebarang data dan maklumat yang diisi. Scroll ke bawah banner iklan untuk download link Jurnal Trading. Semoga bermanfaat.
IKLAN
KLIK SINI untuk DOWNLOAD JURNAL TRADING. Semoga bermanfaat kepada rakan – rakan trader yang download dan menggunakannya. Kongsikan link tentang Jurnal Trading kepada rakan – rakan yang lain ya.
Pingback: Halatuju Chart KLCI dan Sektorial - Teknik Trade : Ichivergence Hunter