Setiap kali kita membuat belian dan jualan sesuatu kaunter saham, kita perlu membayar Transaction Fee (kos transaksi) atau juga dikenali sebagai commision fee untuk setiap kontrak jual beli yang dilakukan. Transaction Fee ini ramai trader yang mengabaikannya dan tidak ambil kisah tapi sepatutnya perlu tahu kerana itu juga merupakan duit modal anda dalam bersaham. Transaction Fee (Commision Fee) untuk setiap kontrak jual beli saham mengambilkira brokerage fee broker, clearing fee dan juga stamp duty. Apa yang membezakan antara ketiga – tiga item tersebut adalah brokerage fee kerana lain broker lain kiraan feenya. Untuk clearing fee dan stamp duty sama untuk semua atau kebanyakkan broker. Broker adalah syarikat yang menguruskan proses jual beli saham dan menjadi penghubung antara trader / pelabur dengan Bursa Malaysia. Terdapat banyak broker di Malaysia contohnya UOB Kay Hian, Mplus, CGSCIMB, Maybank, Rakuten, RHB dan sebagainya.
Di bawah ini kami sertakan contoh kiraan Transaction Fee (Commision Fee) untuk broker CDS UOB Kay Hian sebagai panduan. Lain – lain broker, kami sertakan brokerage fee dan cara kiraan sama sahaja dengan contoh kiraan di bawah ini.
Untuk belian bernilai RM5000.00, kiraan transaction fee / commision fee (berdasarkan akaun CDS Cash Upfront) :
Brokerage : RM5000 * 0.1% = RM5 tapi minimum RM8, jadi kena guna RM8.00
Clearing Fee : RM5000 * 0.03% = RM1.50
Stamp duty : RM1.50 untuk setiap RM1000 (0.15%) = RM1.5 x 5 = RM7.50
Jadi jumlah transaction fee (commision fee) untuk belian kaunter saham bernilai RM5000.00 = RM8.00 + RM1.50 + RM7.50 = RM17.00
Semasa membuat jualan juga, kiraan transaction fee / commision fee sama seperti diatas cuma nilainya akan berbeza kerana bergantung kepada nilai jualan. Contoh, jual masa nilai saham dah cecah RM10,000. ROI 100% la kalau macam tu. Beli modal RM5000, jual RM10000. Nama pun contoh nak senang kira. Tapi, memang tak mustahil pun dalam bersaham ni untuk dapat ROI 100%, dapat lebih pun ramai je yang biasa dapat. Ok, contoh kiraan adalah seperti di bawah:
Brokerage : RM10,000 * 0.1% = RM 10.00
Clearing Fee : RM10,000 * 0.03% = RM 3.00
Stamp Duty : RM10,000 * 0.15% = RM15.00
Jadi jumlah transaction fee / commision fee untuk jualan kaunter saham bernilai RM10,000 = RM10.00 + RM3.00 + RM15.00 = RM28.00
Kesimpulannya, seeloknya kaji kaunter dengan sehabis kaji dan analisis kaunter sebaiknya sebelum buat belian untuk sesuatu kaunter kerana untung ke, rugi ke, jual harga beli ke tetap akan kena bayar transaction fee / commision fee untuk setiap kontrak jual beli. Contohnya la, macam tadi beli kaunter A modal RM5000 tapi kena bayar RM17.00 untuk komisyen belian. Nampak macam tak gerak je pulak kaunter tu lepas matched beli then ambil keputusan jual harga sama dengan harga belian. Contoh beli harga RM 0.350, then jual pun sama harga RM 0.350. Nampak macam tak rugi la sebab jual harga beli. Tapi sebenarnya dah rugi RM17 + RM17 = RM34 untuk bayar transaction fee / komisyen jual beli. Begitulah contoh kiraan dan panduan untuk kiraan komisyen CDS di bawah broker UOB Kay Hian. Kami kongsikan table commision untuk beberapa broker yang lain sebagai rujukan dan panduan ya. Contoh kiraan sama seperti di atas ini.
Cukup la rasanya kami kongsikan brokerage fee untuk broker yang biasa dengar ramai trader yang guna akaun CDS dari broker – broker diatas. Ada beberapa broker yang tak dedahkan Clearing Fee dan Stamp Duty. Nanti akan jadi kos tersembunyi pula. Nampak macam sama je nilai Clearing Fee dan Stamp Duty sebab dua ni merupakan regulatory fee. So, kiraan untuk transaction fee / commision fee sama seperti kiraan contoh UOB Kay Hian diatas, cuma tukarkan nilai brokerage fee berdasarkan broker mana yang anda gunakan.
Semoga bermanfaat. Kongsikan dengan rakan-rakan trader yang lain. Ingat, transaction fee / commision fee sentiasa akan dikenakan untuk setiap transaksi jual beli. Jadi, jangan terlalu bernafsu untuk tekan buy hari-hari, broker / remiser yang untung.
Pingback: Jurnal Trading Untuk Rekod Peribadi Aktiviti Jual Beli Saham - Teknik Trade : Ichivergence Hunter
Pingback: Langkah – Langkah Buka Akaun CDS UOB Kay Hian - Teknik Trade : Ichivergence Hunter
Pingback: Cara Daftar dan Buka Akaun CDS - Teknik Trade : Ichivergence Hunter