+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Penggunaan Indicator Dalam Analisis Chart

Indicator merupakan alat bantuan didalam membuat kajian dan analisis chart. Indicator juga dapat memberikan panduan, signal dan menambah keyakinan didalam melihat potensi halatuju sesuatu kaunter saham. Cuma, biasakan diri membuat kajian dan analisis naked chart terlebih dahulu. Lukis chart pattern keseluruhan chart dan chart pattern semasa. Tarik garisan trendline. Amalkan trade kaunter uptrend untuk emosi yang lebih tenang dan lebih menguntungkan. Siapkan garisan – garisan Support dan Resistance (SnR) yang kuat berdasarkan taburan candle dan juga merujuk kepada pengaruh dominant candle atau juga dikenali sebagai reference candle / candle rujukan / candle peneraju. Ini kerana, naked chart atau chart kosong tanpa berserabut dengan indicator dapat menunjukkan chart pattern dan halatuju chart dengan lebih jelas. KLIK SINI untuk pelajari tentang Teknik Trade Dengan Candlestick dan Candlestick Pattern. Kemudian, baru tambah indicator untuk mengesahkan kajian, mengesan signal belian, aras – aras SnR tambahan dan sekaligus menambah keyakinan dalam membuat belian dan pelaburan untuk sesuatu kaunter saham.

Terdapat terlalu banyak indicator chart dari peranan dan kumpulan yang berbeza. KLIK SINI untuk baca penulisan yang bertajuk “Fungsi, Kepentingan dan Kumpulan Indicator Chart”. Bila dah kenalpasti peranan dan kumpulan indicator, lebih mudah untuk pilih indicator untuk digunakan. Jangan guna terlalu banyak indicator. Paling banyak pun empat indicator dah cukup. Guna indicator yang popular. Kenapa pilih yang popular? Ini kerana, ianya memberikan pengaruh kepada pergerakan harga kerana ramai yang mempunyai pemahaman yang sama. Contohnya, harga cross up EMA50 menandakan kaunter dalam kekuatan bullish. Jika, ramai yang mempunyai pemahaman dan pemerhatian yang sama, jadi ramai trader yang akan buat belian kaunter tersebut. Sekaligus, kaunter akan menjadi lebih aktif dan harga lebih mudah untuk membuat kenaikkan.

Kita tak boleh guna satu indicator sahaja untuk buat analsis chart. Ini kerana, setiap indicator ada kekuatan dan kelemahannya. Contohnya jika kita guna EMA50 (Exponential Moving Average) untuk trade sesuatu kaunter. Semasa entry memang aras terbaik. Dekat dengan support kerana kita gunakan EMA50 sebagai aras support kuat. Tapi, masalah akan muncul bila nak tentukan dimana perlu exit. Contoh entry guna EMA50 seperti di bawah:

Wujudnya beberapa permasalahan dan kekurangan (baca pada bahagian nota pada image di atas) apabila hanya menggunakan satu indicator sahaja. Sebab itu, kena guna 2 atau paling maksimum 4 indicator untuk signal dan analisis yang lebih lengkap serta meyakinkan. Jadi untuk kes ini, kita tambah EMA70 untuk mengatasi masalah bear trap dan Bollinger Band (upper bollinger) untuk exit di puncak harga. Jadi, baru lengkap entry yang sharp (didasar) dan exit juga sharp (di puncak BB). So, barulah lebih tenang nak trade. Low risk high return. Maksimumkan profit dan minimumkan loss.

Untuk makluman EMA merupakan indicator dari kumpulan “purata gerakan harga / moving average) dan Bollinger Band dari kumpulan “band”. Jadi, untuk analisis yang lebih lengkap, seeloknya tambah indicator dari kumpulan trend dan momentum. Biasanya kami guna indicator MACD untuk trend dan RSI untuk momentum. Jadi dengan adanya 4 indicator dari 4 kumpulan dan fungsi yang berbeza, lebih jelas untuk melihat signal pada chart, aras rintangan dan sokongan kuat, potensi aras tuju dan yang penting keyakinan untuk membuat pembelian sesuatu kaunter. Untuk belajar tentang indicator-indicator ini, boleh juga subscibe video pembelajaran dan pemantapan ilmu di website ini. Penerangan yang lengkap dari basic hingga advanced penggunaan indicator dan pastinya penerangan yang lebih mudah untuk difahami dan disertakan dengan kajian – kajian chart untuk pemahaman. KLIK SINI untuk melihat senarai video yang available.

1 comment on “Penggunaan Indicator Dalam Analisis Chart

  1. Pingback: Checklist Langkah – Langkah Kajian dan Analisis Chart Kaunter Saham - Teknik Trade : Ichivergence Hunter

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights