Untuk trade saham, ada yang hanya guna price, volume, trendline, candle pattern dan chart patttern sahaja untuk menganalisis chart saham. Teknik ini dinamakan sebagai teknik naked chart. Menarik juga teknik ni, boleh google “Price Volume Action (PVA)” untuk baca dengan lebih lanjut. Sebab panjang lebar kalau nak tulis pasal PVA ni. Kursus / kelas pasal PVA pun mahal jugak. Kami pun memang selalu guna PVA kemudian akan confirmkan dengan beberapa indicator saham untuk mencari dan mengesahkan point of entry dan point of exit. Jadi, indicator saham berguna untuk memberikan keyakinan dan pengesahan kepada analisis. Ada macam-macam indicator, cuma jangan guna semua. Cukup jika dapat betul-betul faham 3 atau 4 indicator sahaja.
Berikut kami senaraikan kumpulan indicator dan indicator yang popular digunakan oleh ramai trader.
1) MOVING AVERAGE
i) Exponential Moving Average (EMA) – KLIK SINI untuk belajar tentang Teknik Trade Dengan EMA
ii) Simple Moving Average (SMA)
iii) Hull Moving Average (HMA)
iv) Weighted Moving Average (WMA)
2) BAND INDICATOR
i) Bollinger Bands(digunakan secara meluas di seluruh dunia) – KLIK SINI untuk belajar tentang Teknik Trade dengan Bollinger Bands (Basic to Advanced)
ii) Donchian Channels
3) MOMENTUM INDICATOR
i) Relative Strength Index (RSI) – KLIK SINI untuk belajar tentang Teknik Trade Dengan RSI + Setup Divergence
ii) Stochastic Oscillator (SO) – selain yg standard, ramai juga yang guna Fast Stochastic (FastSO), Slow Stochastic (SlowSO) dan Stochastic Relative Strength Index (StochRSI)
iii) Money Flow Index (MFI)
iv) Price Rate of Change (ROC)
v) Volume Rate of Chance (VROC)
vi) William %R (WR)
vii) Momentum (MTM)
4) OSCILLATOR INDICATOR
i) Accumulation / Distribution (AD)
ii) Chaikin Money Flow
5) PRICE VOLUME INDICATOR
i) Force Index (Force)
ii) On Balance Volume (OBV)
6) TREND INDICATOR
i) Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku Cloud) – KLIK SINI untuk belajar tentang Teknik Trade Dengan Ichimoku Cloud
ii) Moving Average Convergence Divergence (MACD) – KLIK SINI untuk belajar tentang Teknik Trade Dengan MACD + Setup Divergence
iii) Parabolic SAR
Ada banyak kan indicator? Cuma yang kami senaraikan dalam list di atas indicator yang biasa digunakan. Jika nak listkan semua, ada lebih banyak lagi. Cuma penggunaannya tidak meluas. Jika berkesempatan, mungkin kami boleh tulis topik kupasan untuk setiap indicator diatas. Cuma ambil masa jugak la. Ok mari kita lihat dan kaji contoh penggunaan indicator-indicator diatas.
Contoh chart di atas ni kita guna kombinasi indicator Bollinger Band, MACD dan juga RSI.
Ok guna 3 indicator je. Banyak-banyak nanti serabut je. Sudahnya tak jumpa entry point dan exit point.
Untuk Entry Point 1, kita boleh nampak price/candle cross up middle BB. MACD anak panah buy baru muncul. RSI diatas nilai 50. Volume above average. Semua pun buy signal. Cuma, bila tengok trend momentum iaitu MACD, kita boleh nampak garisan landai, jadi trend yang lemah. Begitu juga RSI, tidak berjaya melepasi nilai 70. Jadi momentum tak cukup kuat. Ada mazhab saham yang bagitau, kalau RSI melebihi 70 itu tandanya sell signal, sebab dah overbought. Sebenarnya, lebih 70 la baru candle besar-besar akan muncul 🙂
Untuk Entry Point 2, kita boleh nampak buy signal sama seperti Entry Point 1, cuma apa yang membezakanya adalah candle closed di BB Breakout point, then esoknya BB breakout. RSI melebih 70. MACD garisan tunjuk langit. Pacak ke atas. Volume lebih besar. Histogram MACD lebih besar.
Semoga boleh nampak perbezaan 2 entry point ini dan cara penggunaan Indicator Saham. Ok, lihat satu lagi contoh, guna indicator yang lain pula.
Contoh chart diatas ini pula, kita guna kombinasi indicator Parabolic SAR, EMA50 dan Stochastic.
Entry Point 1 (EP #1) kita boleh nampak Slowso bersilang, merah silang biru ke atas (buy signal), candle / price cross up EMA50 (buy signal), SAR 1st green dot (buy signal). Kemudian Exit Point 1 (EX #1), slowso bersilang merah silang biru ke bawah (sell signal), slowso breakdown 80 (sell signal – akan start flush overbought), SAR bertukar kepada red dot, aras target sambutan di EMA50.
Entry point 2 (EP2 #2), sama juga dengan EP #1 tadi. Cuma kali ni price / candle rebounce di EMA50.
Kelemahan kaunter ini bila sampai ke EP #5 dan EX #5, dimana slowso divergence. SAR dot juga sudah tidak harmoni. Volume juga divergence. Ok, sangat penting untuk memahami kesan apabila berlakunya divergence pada indicator saham. KLIK SINI untuk belajar tentang Teknik Trade Dengan Setup Divergence. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.
Untuk pembelajaran dan pemantapan ilmu yang berterusan, jemput sertai Kelas Saham Teknik Trade Setup Ketenangan yang kami anjurkan. Group support dua hala tanpa expired date tertentu. Banyak pengisian dan ilmu trading yang akan di pelajari dari semasa ke semasa.
Pingback: Penggunaan Indicator Dalam Analisis Chart - Teknik Trade : Ichivergence Hunter