+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Chart Pattern Dalam Analisis Teknikal

Ramai trader yang mengabaikan chart pattern semasa membuat kajian dan analisis teknikal chart. Sebenarnya penting untuk kita lihat chart pattern yang terbentuk untuk sesuatu chart sebelum membuat keputusan belian dan pelaburan. Ini kerana halatuju lebih jelas dan kita dapat meramal gerakan serta aras target. Jadi, emosi lebih tenang.

CHART PATTERN terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Continuation Pattern dan Reversal Pattern. Dengan memahami pembentukkan chart pattern pada sesuatu kaunter saham, lebih mudah untuk kita lihat potensi hala tuju gerakan seterusnya samada bullish continuation pattern atau bearish continuation pattern dan juga bullish atau bearish reversal pattern. Klik pada image di bawah untuk senarai Chart Reversal Pattern dan Chart Continuation Pattern.

Cari kaunter yang ada banyak chart pattern di sepanjang gerakan harga. Itu menandakan kaunter tersebut membuat gerakan sihat dan aktif. Elakkan atau abaikan kaunter saham yang apabila buka chart, sukar untuk melihat pattern – pattern yang terbentuk. Sesukar itu jugalah untuk profit dan mengawal emosi jika ada buat belian nanti.

Berikut adalah Chart Pattern yang biasa kita jumpa, cuma selalunya tidak perasan kewujudannya :

Di bawah ini pula adalah checklist untuk teknik trade dengan Chart Pattern :

Berikut adalah contoh kajian dan analisis chart pattern :

Chart di atas ini hasil dari scan kaunter semasa. Buka chart, mula – mula tarik trendline. Dapat lihat kaunter ini sudah BO DTL dan sedang membuat gerakan uptrend. Chart pattern semasa “Double Bottom” dan neckline Double Bottom telah pun breakout. Jadi, gerakan semasa akan cuba mencari aras target Double Bottom. Seterusnya untuk potensi pattern yang lebih besar, ada potensi untuk membentuk chart pattern “Rounding Bottom”. Jika berjaya memecahkan aras neckline dan terus membuat kenaikkan, akan membentuk pattern Ascending Scallop. Aras target adalah jarak dari neckline ke dasar rounding bottom, copy ke atas neckline seperti contoh anak panah Double Bottom. Jika sampai ke neckline dan reject, ada potensi untuk turun membentuk pattern Cup & Handle. Seterusnya cubaan memecahkan aras neckline untuk mengesahkan pattern cup and handle. Aras target sama seperti aras target rounding bottom. Daripada analisis sebegini, lebih mudah untuk kita monitor dan meramal arah tuju sesuatu kaunter. Menarik bukan?

Jika berminat untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang Teknik Trade Dengan Chart Pattern, boleh Subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu dengan klik image di bawah atau boleh juga KLIK DISINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights