+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Introducing Broker (IB) Untuk Forex Trading

Apakah yang dimaksudkan dengan Introducing Broker (IB) untuk Forex Trading. Kalau saham, ada remiser. Untuk Forex ada IB. Dapat kita lihat banyak iklan – iklan untuk buka akaun Forex terutamanya dari platform OxtaFx lalu lalang di media social atau di google search. Iklan platform yang sama tapi muka lain – lain. Kalau tahun lepas, artis / selebriti tempatan yang giat mempromosikan Forex Trading adalah Fizo Omar, Wak Doyok Misai dan juga Caprice atau nama glemernya Daddy Cap. Sekarang ni jarang dah nampak muka – muka selebriti ni. Cuma, memang banyak sungguh la iklan Forex, jangan sesekali tekan. Kalau tak, lepas tu memang makin bersepahlah iklannya. Ada yang iklan pakai kereta mewah, rumah merah, jet peribadi (kononnya), kapal layar peribadi (kononnya), duit berkepuk – kepuk (macam tak boleh simpan dkt bank je, skrg dunia cashless :-)). Jadi, siapakah mereka ini? Mengapa mereka sangat giat untuk beriklan dan mempromosikan pembukaan akaun trading Forex? Ya, mereka dikenali sebagai “Introducing Broker (IB)”. Cari downline / referal ramai-ramai, then tak payah trade pun takpe. Makin ramai referral, makin kenyang.

Dekat bawah ni peneragan tentang Introducing Broker (IB).

Apakah fungsi IB ni?

Fungsi dan tugas seorang Introducing Broker (IB) adalah untuk memperkenalkan dan mempromosi forex trading dan forex broker kepada orang ramai. Sebab tu, kena iklan pancing dengan kemewahan. Baru rambang mata melihatnya. Selain itu, tugasan mereka adalah memberikan pembelajaran dan sokongan kepada para referal (downline) mereka. Sebab tu, banyak channel – channel dan group – group Forex di media sosial seperti Facebook, Telegram, Whatsapp, Tiktok yang sediakan signal trading dan juga pembelajaran percuma. Biasanya asas trading dan analisis chart. Tapi, untuk menyertai channel dan group serta mendapat layanan istimewa dengan signal – signal trade percuma, anda perlu membuka akaun dengan mereka terlebih dahulu. Kerana apa? Penerangannya akan menyusul. Ini juga menjawab sindiran sinis geng – gend Forex yang mempersoalkan kenapa kami membuat kelas berbayar sedangkan sifu – sifu mereka membuat kelas percuma sahaja.

Beginilah caranya mereka membuat duit. Dengan komisyen daripada trading anda. Lagi banyak anda trade, letak position, lebih banyak la komisyen yang mereka dapat. Tak kisah samada anda untung ke, rugi ke, or kena margin call ke tetap komsyen jalan. So, sebab itu mereka boleh bagi signal – signal trading percuma yang mana sebenarnya salah dari segi undang – undang. Jadi, jangan bandingkan kelas berbayar dengan kelas dari IB Forex yang makan komisyen lumayan.

Siapakah yang boleh jadi Introducing Broker (IB) untuk Forex Trading ni? Adakah perlu belajar, ambil exam, dapatkan lesen dan sebagainya?

Ya, sesiapa pun boleh jadi IB. Tiada limitation atau halangan. Tidak perlu jadi profesional trader. Cuba ada asas trading dan paling penting kena ada communication skills untuk mempromosikan dan mengiklankan kepada seramai orang yang mungkin untuk buka akaun dan juga mula trade Forex. Kena rajin tayang sreenshot profit, tak kisah akaun demo atau akaun sebenar. Kena rajin tayang kemewahan dan berjanji palsu. Kena rajin ber “TikTok”. Promote, promote dan promote.

Begitulah serba sedikit tentang Introducing Broker (IB) Forex. Oleh sebab ada peminat Forex yang bersuara lantang menggangu ketenangan, jadi kami search tentang IB dan tulis entry ini. Jika tidak. memang tak berminat pun. Contoh komen – komen membina daripada forex player.

Untuk status dari segi agama Islam, Forex di Fatwakan HARAM. Tapi, biasa la tu. Ramai yang menafikan FATWA yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam.

Untuk bacaan penuh, tentang status HARAM Forex, boleh KLIK LINK ini ya.

Dekat bawah ni screenshot iklan – iklan untuk buka akaun trading Forex terutamanya dari broker OctaFx. Macam – macam bentuk iklan. Ini semua muncul masa main game di henfon. Asalkan perlu tengok iklan untuk claim reward games kebanyakkannya keluar iklan Forex. Mungkin ada tertekan sekali kot. Terus kena aim. Skrg ni, robot pengiklanan memang intelligence.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights