Trendline merupakan perkara asas yang perlu dilakukan didalam membuat kajian dan analisis chart. Dengan trendline, kita dapat melihat keadaan semasa chart, halatuju chart, kekuatan dan potensi sesuatu kaunter saham. Terdapat 3 jenis trendline iaitu uptrend, sideway dan downtrend. Di bawah ini kami kongsikan dalam bentuk image penerangan tentang trendline.

Apa itu trendline? Ada dua trendline utama iaitu uptrend iaitu trend menaik dan downtrend iaitu trend menurun. Sideway lebih mudah nak lihat dimana ianya berbentuk kotak dan seeloknya elakkan kaunter sideway kerana ianya didalam fasa pengumpulan. Range risk reward ratio yang kecil dan sempit.
Boleh juga tonton video di bawah ini untuk penerangan lengkap tentang teknik menggaris trendline dan juga teknik trade dengan trendline beserta penerangan di chart contoh. Semoga bermanfaat. Jemput like video dan subscribe Youtube channel serta kongsikan video kepada rakan – rakan trader yang lain ya.
Sambung baca tentang Trendline di bawah ini.

Untuk uptrendline, hubungkan sekurang – kurangnya dua garisan di bawah candle.

Untuk downtrend, hubungkan sekurang – kurangnya dua garisan di atas candle.

Teknik trade dengan trendline adalah apabila garisan downtrendline berjaya di pecahkan dan seterusnya chart membuat pertukaran trend dari trend menurun kepada menaik. Sebagai seorang trader, kita sepatutnya trade kaunter uptrend kerana mempunyai kekuatan bullish yang kuat dan harga mempunyai pengaruh yang kuat untuk membuat pendakian menaik.


Elakkan kaunter yang patah uptrendline. Ini kerana, kaunter akan membuat pertukaran trend dari menaik kepada menurun. Kaunter di bawah pengaruh bearish. Sukar untuk trade dan untuk menjana keuntungan kerana harga lebih kuat untuk membuat penurunan

Teknik trade dengan trendline. Garis major trendline untuk trend sebenar chart. Kemudian garis lagi satu trendline untuk trendline semasa. Juga dikenali sebagai intermediate trendline. Entry terbaik adalah jika berlaku pantulan harga di garisan trendline. Exit / sell jika trendline patah iaitu apabila candle ditutup di bawah garisan uptrendline. Jemput tonton video dibawah ini untuk menambah ilmu tentang trend.


Semoga bermanfaat dan jemput kongsikan kepada rakan – rakan trader yang lain ya.