Mantap tak tajuk The Power and The Art of Bollinger Bands. International gitu. Tapi tajuk je la buat masa ni. Cuma, memang Bollinger Bands (BB) ni merupakan salah satu indicator yang sangat popular dan digunapakai secara meluas oleh para trader di seluruh dunia untuk analisis chart dan mencari signal entry dan exit. Ini kerana, indicator ini memang sangat hebat. Mudah untuk melihat signal belian atau jualan serta potensi halatuju gerakan harga. Indicator Bollinger Bands ini memang digunakan secara meluas bukan hanya untuk analisis chart saham tetapi untuk semua platform trading seperti gold, kripto, oil, fcpo, forex dan sebagainya. Jadi, sangat penting dan bermanfaat jika dapat pelajari dan fahami teknik trade dengan menggunakan indicator Bollinger Bands. Sesuai dengan tajuk entry pada kali ini iaitu “The Power and The Art of Bollinger Bands”.
Penerangan tentang apa itu Bollinger Bands, komponen serta signal belian dan jualan adalah seperti yang diterangkan didalam image dia atas.
Selalu jumpa chart yang gerak sideway (bentuk kotak), range kecil je.Sebenarnya jika kita masukkan indicator BB, kita boleh lihat bands yang kecut, sempit dan menumpu. Ini dinamakan sebagai Bollinger Band Squeeze atau ringkasannya BB Squezze. Secara teorinya, ianya adalah fasa pengumpulan (mengumpul tenaga) sebelum satu letupan (breakout) yang kuat berlaku disusuli oleh gerakan yang sangat besar. Apabila BB Squeeze berjaya di pecahkan, ianya di panggil BB Breakout dan selepas itu, harga akan mendaki laju ke atas. Ini pula dinamakan sebagai Surf BB. Kalau dapat jumpa setup begini, memang kaya. Profit lumayan menanti. Setup gerakan bermula dengan BB Squeeze – BB Breakout – Surf BB. Carilah kaunter yang mempunyai setup begini. Masukkan dalam watchlist, set alert siap – siap.
Contoh setup gerakan Bullish yang dimulakan oleh BB Squeeze, kemudian disusuli oleh BB Breakout seterusnya Surf BB. Contoh di atas adalah untuk gerakan bullish dimana BB Breakout ke atas. Kalau trader saham, setup beginilah yang perlu di cari.
Ini pulak sebaliknya. Setup Gerakan Bearish. Setup ini perlu dijauhi oleh trader saham tapi bagi trader untuk platform dua hala, setup ini juga dapat memberikan hasil yang lumayan.
Idea teknik trade dengan Bollinger Band. Simple je kan? Yang pentng kena ada disiplin dan jangan ada hope analisis. Signal dan potensi gerakan yang sangat jelas.
Berminat untuk pelajari tentang teknik trade dengan Bollinger Bands dari basic asas penggunaan indicator sehingga teknik trade advanced yang powerful dan jelas mata melihat potensi gerakan chart. (KLIK SINI untuk subscribe). Lebih tenang nak trade dan lebih menguntungkan. Subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu “The Power and The Art of Bollinger Band (Basic to Advanced)”. Anda akan terima 3 video seperti yang dinyatakan didalam image di atas. Sangat bermanfaat dan berbaloi. KLIK SINI untuk subscribe video.