+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Teknik Trade Dengan Gerakan Uptrend

Sebagai seorang trader, memang sangat digalakkan untuk trade kaunter yang sedang membuat gerakan uptrend iatu gerakan trend menaik. Sebab, kaunter akan mempunyai kekuatan bullish dan lebih kuat untuk menolak harga naik ke atas. Jadi, lebih mudah untuk peroleh keuntungan dan lebih tenang emosi dalam berdagang saham. Kalau tersangkut sekalipun sebab tersilap beli di puncak, boleh buat average down apabila kaunter membuat penurunan (retracement) sebelum sambung gerakan menaik. Jadi, boleh average down dengan buy on reversal.

Penerangan tentang kaunter uptrend secara umumnya adalah seperti didalam image di atas. Kebiasaanya, pattern uptrend memang kita akan selalu jumpa seperti image di atas ini. Sebab tu, kena beli dan trade kaunter uptrend. Baru mudah nak profit.

Kegagalan kaunter uptrend apabila tidak lagi mampu membuat aras puncak tertinggi yang baru. Biasanya kegagalan ini akan membentuk chart pattern double top. Kegagalan dan kelemahan pertama adalah apabila sistem kenaikkan zig zag iaitu HH – HL terhenti, kemudian candle bocor / patah intermediate uptrendline (ITL). Boleh baca penerangan didalam image di atas.

Teknik trade dengan gerakan Uptrend. Buy on Pullback (apabila muncul reversal candle). Entry di tapak reversal semasa kaunter uptrend sedang turun untuk retracement sebelum sambung kenaikkan. Kenalpasti jenis – jenis pullback, chart continuation patterns dan potensi aras – aras sambutan.

Pullback iaitu kejadian apabila kaunter menaik membuat penurunan seketika sebelum meneruskan kenaikkan. Peluang untuk trader entry untuk tumpang naik bersama.

Flat Pullback
Shallow Pullback
Deep Pullback
Sharp Pullback

Chart continuation pattern terbentuk semasa kaunter turun berehat membuat retracement sebelum menyambung perjalanan gerakan uptrend mendaki ke atas. Kalau dapat faham tentang pattern yang terbentuk, mudah untuk mencari entry terbaik untuk tumpang naik.

Chart Continuation Pattern : Pennant Pattern
Chart Continuation Pattern (Flag Pattern)
Chart Continuation Pattern : Box (Rectangle) Pattern

Jika berminat untuk pelajari tentang teknik trade kaunter yang baru buat pertukaran dan dan teknik trade kaunter uptrend, jemput subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu “Teknik Trade Kaunter Pertukaran Trend dan Teknik Trade Kaunter Uptrend” dengan KLIK PADA IMAGE di bawah. Sangat berbaloi dan bermanfaat. Boleh ulang – ulang tonton sampai faham. Durasi video 2 jam 16 minit 24 saat.

Semoga perkongsian tentang teknik trade Gerakan Uptrend ini memberikan manfaat kepada semua yang membaca. Jemput kongsikan dengan rakan – rakan trader yang lain ya.

Untuk pembelajaran, pemantapan ilmu dan binbingan berterusan, jemput sertai Kelas Saham Teknik Trade SETUP KETENANGAN yang kami anjurkan. Sangat berbaloi dan bermanfaat.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights