+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Halatuju Chart KLCI dan Sektorial

Selepas 1 minggu pertama trade di tahun 2023, apakah halatuju chart KLCI dan sektorial?Sebagai trader, kita mengharapkan KLCI kembali bullish di tahun 2023 setelah banyak tahun bearish sebelum ini. Jadi, apa yang boleh kita lihat dari halatuju chart KLCI?

KLCI jika diletakkan tiga garisan EMA iaitu EMA21 (pink), EMA50 (biru) dan EMA200 hitam, dapat kita lihat KLCI sedang dalam cubaan untuk memecahkan aras rintangan EMA200. Secara teorinya, jika candle berada diatas EMA200, sesuatu kaunter atau index itu mempunyai kekuatan bullish. Garisan EMA juga kelihatan sedang menguncup dan menumpu. Secara teorinya, jika KLCI berjaya memecahkan aras EMA200 dan kemudian dua garisan EMA membuat persilangan emas (golden cross) dengan EMA200, kita akan dapat lihat satu tujahan kuat menolak candle keatas. Jadi dimanakah aras EMA200 itu? Ianya terletak di kawasan 1500. Kebetulan 1500 juga aras psikologi untuk KLCI. Jadi, sama-sama kita berharap KLCI dapat memecahkan aras 1500 dan kembali membuat kenaikan bullish trend.

Terdapat 6 Sektorial yang mempunyai chart pattern lebih kurang sama dengan KLCI, boleh rujuk chart-chart di bawah:

KLCI Construction Sector Chart
KLCI Property Sector Chart
KLCI Healthcare Sector Chart
KLCI Plantation Sector Chart
KLCI Telecommunications and Media Chart

Sangat ketara chart pattern yang lebih kurang sama antara sektor – sektor diatas dengan chart KLCI kan? So, bagaimana pula dengan sektor-sektor yang lain? Di bawah ini kami kongsikan chart untuk lain – lain sektor KLCI. Ada yang sudahpun bullish.

KLCI Consumer Sector Chart. Sudahpun bullish. Melepasi EMA200 dan golden cross telah berlaku.
KLCI Energy Sector Chart. Juga sudah melepasi EMA200 dan telah berlaku golden cross. Buat masa ini sedang membuat retracement dimana aras sokongan untuk membuat reversal secara teorinya adalah di aras EMA21 dan EMA50.
KLCI Transportation & Logistic Sector Chart. Nampak sangat bullish buat masa ini.
KLCI Utilities Sector Chart. Juga sudah melepasi aras EMA20 dan berlaku golden cross.

Semoga perkongsian tentang chart KLCI dan Sectorial ini dapat menunjukkan potensi dan hala tuju kepada rakan – rakan trader yang membaca penulisan ini. Jemput kongsikan kepada rakan – rakan trader yang lain ya. Kami ada sediakan satu template Trading Jurnal dalam bentuk Excel. Jika berminat, jemput download ya. Free je. KLIK SINI untuk baca penerangan dan download Trading Jurnal ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights