+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Idea Teknik Trade Saham

Antara idea teknik trade saham yang mudah dan berkesan untuk menjana profit dan mengelakkan kerugian. Bagi yang baru nak trade saham kena faham bahawa kalau nak berjual beli saham kena ada teknik yang betul. Barulah dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian. Jangan main tikam je. Join group telegram banyak-banyak, mana kaunter yang disebut ramai tu la yang tekan buy. Sebenarnya, bila dah ramai yang sebut, kompang dan canangkan sesuatu kaunter tu, tandanya dah penghujung kenaikkan dan akan mula membuat penurunan. Tu sebab la, asal tekan buy je sangkut di puncak. Apa – apa hal pun, mesti kena tengok dan kaji chart terlebih dahulu sebelum buat keputusan untuk belian kaunter. Jangan tekan buy dulu, baru tengok chart sebab FOMO, fear of missing out. Takut terlepas kapal, sudahnya tersidai lama dalam kapal 🙂

Untuk menjamin keuntungan didalam melabur saham, perkara yang pertama perlu diambilkira adalah pastikan kaunter yang akan di beli adalah kaunter uptrend iaitu kaunter yang sedang membuat pendakian ke atas. Ini kerana, jika anda tersilap beli dan harga turun, ianya akan naik kembali ke harga belian anda jika ianya masih didalam fasa pendakian. Sekadar berehat. Harga saham bergerak secara zig zag. Naik kemudian rehat dan sambung naik semula. Pastikan anda mahirkan diri didalam melukis trendline ya. Contoh teknik trend menggunakan trendline adalah seperti didalam rajah di bawah:

Berminat untuk belajar tentang Analisis Teknikal Chart?

Selain dari trendline, anda juga perlu mahirkan diri tentang candlestick pattern dan juga chart pattern. Candlestick dan juga chart pattern dapat menunjukkan arah tuju sesuatu kaunter. Jika berminat untuk pelajari tentang candlestick dan chart pattern, boleh KLIK SINI untuk subscribe pakej video pembelajaran dan pemantapan ilmu yang kami sediakan. Sangat penting untuk mahirkan diri dengan candlestick pattern bagi memudahkan anda memilih entry terbaik untuk membuat belian. Selain itu juga, candlestick juga penting untuk tentukan dimana anda perlu membuat jualan. Sebelum memahirkan diri dengan indicator saham, ada perlu mahirkan diri dengan chart pattern, candlestick pattern, trendline dan juga hubungan diantara volume dengan candlestick / chart pattern. Berikut kami kongsikan beberapa teknik entry dan exit yang mudah difahami. Semoga bermanfaat dan kongsikan dengan rakan-rakan trader yang lain ya. Selamat berdagang saham. Jadilah trader yang berilmu dan berjaya didalam dunia saham.

Teknik trade rectangle pattern dan teknik trade ascending triangle pattern. Tunggu breakout then baru cari entry. Pastikan candle tak turun masuk semula ke dalam rectangle atau triangle. Jika masuk semula, tandanya fake breakout dan perlu exit.

Teknik trade Candle Marubozu. Biasa jumpa ada kaunter yang tiba-tiba volume besar masuk dan candle marubozu sebatang muncul. Biasanya dia rehat dulu mcm pattern di atas ni. Tunggu breakout baru cari entry. Syarat utama, volume candle kedua selepas hijau marubozu tu mesti kurang dari volume candle marubozu. Kalau kurang separuh lagi bagus. Untuk pattern di atas ini, candle kecil – kecil tu biasanya low volume dan kemudian muncul continuation candle hijau besar dengan volume melebihi purata. Seterusnya, kaunter akan sambung gerak ke atas mencari aras rintangan keras.

Berminat untuk belajar Teknik Trade Saham dan Analisis Teknikal Chart secara one to one (Personal Coaching)?

Jika tengah hold kaunter, jumpa pattern seperti diatas, kena exit untuk elakkan kerugian yang lebih banyak. Elakkan juka untuk entry pattern seperti diatas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Verified by MonsterInsights