+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Teknik Trade Dengan Parabolic SAR

Apa itu Parabolic SAR dan bagaimana Parabolic SAR dapat membantu didalam proses menentukan jual beli saham? Kali ini kami kongsikan tentang teknik trade dengan Parabolic SAR pula ya. Ianya merupakan salah satu indicator yang digunakan oleh para trade dan maksud SAR adalah Stop and Reversal. Mengapa Stop and Reversal? Ini kerana dengan menggunakan indicator ini kita dapat lihat dengan jelas dimana kejatuhan sudah berakhir (berhenti / stop) dan bullish reversal hendak bermula. Begitu juga sebaliknya dimana kenaikan telah berakhir dan bearish reversal akan bermula.

Mudah sahaja nak guna indicator ini dimana ianya berbentuk dot-dot yang berada diatas dan di bawah harga / candle. Jika dot berada diatas candle, itu menunjukkan bahawa kaunter tersebut masih lagi bearish dan masih dalam fasa penurunan dan begitu juga jika dot berada di bawah harga, ianya menunjukkan bahawa kaunter tersebut sedang bullish dan membuat kenaikkan. Parabolic SAR ini merupakan salah satu indicator untuk menunjukkan momentum dalam sesuatu chart. Pada titik reversal, dot selalunya akan berada jauh dari candle dan semakin hari akan semakin mendekat candle. Ini menandakan bahawa kenaikan atau penurunan akan berakhir tidak lama lagi kerana momentum sudah semakin lemah.

Kami terangkan tentang indicator ini mengikut pemahaman kami sebagai trader yang menggunakan indicator ini sebagai salah satu indicator didalam trading seharian. Jika anda ingikan penerangan yang lebih detail dan mendalam, boleh la google tentang Parabolic SAR ini ya. Banyak perkongsian di internet. Berikut kami kongsikan chart yang telah dimasukkan dengan indicator ini ya. Lebih jelas untuk melihat tentang penggunaannya.

parabolic sar

Daripada chart diatas, boleh nampak penggunaan indicator Parabolic SAR kan?

Nampak lebih mudah dan meyakinkan untuk tekan buy kan? First dot muncul dibawah candle boleh la sediakan trading plan. Begitu juga jika first dot muncul diatas candle. Boleh la secure profit dulu kalau nak. Semuanya bergantung kepada trading plan anda ya. Indicator ini tidak boleh digunakan secara bersendirian, sebaliknya perlu digunakan secara kombinasi dengan beberapa indicator yang lain. So, kena backtest selalu apakah indicator yang boleh dipadankan dengan Indicator Parabolic SAR ini. Atau boleh juga digunakan sebagai indicator untuk checking signal untuk menambah keyakinan. Untuk fahami dan pelajari tentang indicator Parabolic SAR ini termasuk cara nak scan kaunter guna Parabolic SAR, boleh tonton video di bawah ini ya. Semoga bermanfaat.

Untuk pembelajaran, pemantapan ilmu dan bimbingan berterusan (group support telegram dua hala tanpa expired date tertentu) dalam trading saham, jemput sertai Kelas Saham Teknik Trade Setup Ketenangan.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights