Analisis teknikal gerakan chart kaunter saham EWEIN, SMRT dan EG iaitu gerakan dipermulaan fasa menaik sehingga kepada chart semasa. Sekadar kajian dan pembelajaran kerana entry terbaik sudah tertinggal jauh. Sambil – sambil itu pelajari tentang trendline, chart pattern, aras target, aras penentu halatuju, aras rintangan puncak, teknik swing / hold kaunter, trailing stop, indicator moving average dan bollinger band. Banyak yang boleh dipelajari didalam analisis teknikal gerakan chart ini. Dengan analisis teknikal gerakan chart ini diharap sedikit sebanyak dapat memberikan idea kepada rakan – rakan trader untuk mencari kaunter yang membuat gerakan yang sama. Jadi, boleh entry di kawasan permulaan naik dan cuba untuk swing kaunter. Keuntungan lebih lumayan, emosi lebih stabil. Kami ada sediakan video penerangan lengkap untuk analisis teknikal gerakan chart untuk kaunter Ewein, SMRT dan EG, boleh scroll ke bawah untuk tonton video. Semoga bermanfaat.
ANALISIS TEKNIKAL GERAKAN CHART EWEIN
Analisis permulaan gerakan menaik untuk kaunter EWEIN adalah pada 16 Januari 2023. Candle breakout dengan volume spike.
ANALISIS TEKNIKAL GERAKAN CHART SMRT
Analisis permulaan gerakan menaik untuk kaunter SMRT adalah pada 16 Februari 2023. Rujukan chart Monthly. Candle breakout ichimoku cloud dan pembentukkan setup bullish divergence.
ANALISIS TEKNIKAL GERAKAN CHART EG
Analisis permulaan gerakan menaik untuk kaunter EG adalah pada 9 October 2022 dan 15 Januari 2023. Chart pada 9 October 2022, chart pattern falling wedge dimana aras R penentu halatuju adalah di 0.520. Chart pada 15 Januari 2023, R 0.520 telah berjaya dipecahkan. Potensi golden cross EMA50 dengan EMA200.
Untuk tontonan video penuh, analisis teknikal gerakan chart kaunter saham EWEIN, SMRT dan EG, boleh tonton video di bawah ini ya. Jemput like video, subscribe channel kami di Youtube dan juga share dengan kawan – kawan ya. Semoga bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat memberikan idea bagaimana untuk analisis chart kaunter – kaunter yang mempunyai potensi untuk membuat gerakan uptrend.