+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Teknik Trade Dengan Indicator Moving Average

Moving average merupakan indicator chart yang popular dan biasa digunakan oleh para trader untuk membuat kajian dan analisis chart. Moving average membawa maksud dan diterjemahkan dalam bentuk garisan purata pergerakan harga. Jadi, secara teorinya, harga yang berada diatas garisan moving average mempunyai kekuatan bullish dan sebaliknya harga di bawah garisan moving average mempunyai kekuatan bearish.

Terdapat banyak jenis moving average tetapi yang biasa digunakan adalah Simple Moving Average (SMA) dan juga Exponential Moving Average (EMA).

Teknik Trade Dengan Indicator Moving Average

Sela masa Moving average (MA) yang biasa digunakan adalah MA 9, 20, 50, 100 dan 200. Untuk MA 9 contohnya memberi maksud moving average 9 candle, Makin pendek moving average yang digunakan, makin banyak noise yang muncul. Noise bermaksud kecelaruan signal. Baru cross up MA, buy signal, then lepas tu closed pula bawah MA (sell sinal). Sebab tu, biasanya kita guna MA20 dan ke atas.

Multiple Moving Average Cross Over

Untuk melihat buy signal dan sell signal yang lebih jelas, biasanya kita guna 2 atau 3 moving average dalam satu masa. Persilangan diantara 2 moving average boleh dirujuk sebagai signal belian atau jualan. Contohnya, moving average yang lebih pendek bersilang ke atas moving average yang lebih panjang akan memujudkan satu signal belian begitu juga sebaliknya jika bersilang ke bawah akan memujudkan signal jualan. Padanan yang biasa digunakan adalah diantara MA9 dan MA20 untuk short term trade, MA20 dan MA50 untuk mid term trade dan MA50 dan MA200 untuk long term trade swing long selagi tak bocor salah satu daripada kedua-dua moving average ini.

Golden Cross dan Death Cross

Persilangan diantara moving average pendek dengan moving average panjang akan mewujudkan dua jenis persilangan yang biasa kita dengan iaitu golden cross dan juga death cross. Cuma ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira untuk kekuatan kesan daripada golden cross dan death cross. Kebiasannya golden cross dan death cross ni digunapakai untuk MA50 dan MA200 tapi sebenarnya untuk semua padanan MA pun boleh juga digunakan. Cuma kena faham kriteria dan syarat-syarat untuk term ini valid dan memberikan kesan yang diharapkan.

Video Pemantapan Ilmu

Pelajari secara menyeluruh dari pengenalan sehingga ke teknik trade advanced menggunakan indicator moving average. Sesuai untuk yang baru belajar trade (beginner) sehingga yang sudah biasa trade tapi hendak menambah ilmu dan memantapkan ilmu tentang teknik trade dengan moving average. Didalam video pembelajaran ini kami gunakan Exponential Moving Average (EMA).

Antara topik-topik yang akan dikongsikan didalam video ini adalah seperti berikut :

Pengenalan dan asas indicator Moving Average

Moving average sebagai aras sambutan dan aras rintangan

Multiple Moving Average Cross Over

Teknik Hold / Swing Kaunter dengan Menggunakan Moving Average

Golden Cross dan Death Cross. Apakah syarat dan kriteria yang perlu diberikan perhatian.

Aras sambutan ketika kaunter retrace menggunakan moving average di multiple time frame.

Tips trading dan setup kecutan multiple moving average

Dan banyak lagi.. nak tau apa? subcribe la video ya

Klik button Subscribe untuk menonton video pemantapan ilmu.

Teknik Trade Dengan Moving Average - Basic to Advanced
Verified by MonsterInsights