+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Terminologi Dalam Trading Saham

Terminologi dalam trading saham bermaksud istilah dan singkatan. Terdapat banyak istilah dan singkatan yang perlu difahami dan diketahui. Berikut adalah istilah dan singkatan perkataan yang biasa digunakan dalam perbualan dan perbincangan para pelabur saham atau traders.

FA Fundamental Analysis ialah Kajian Halatuju, Prospek dan Potensi Syarikat Pada Masa Hadapan (Future). Kajian berkaitan dengan perniagaan syarikat, pengurusan, pemegang2 saham utama dan prestasi kewangan syarikat

TATechnical Analysis ialah Kajian Chart Pergerakan Harga Merujuk Kepada Harga Masa Lalu (History), Harga Semasa dan Juga Potensi Gerakan Di Masa Hadapan. Kajian berkaitan dengan volume, harga, indikator dan candlestick yang menggunakan chart.

PVA : Price Volume Action. Analisis gerakan harga berdasarkan volume transaksi tanpa menggunakan indicator yang lain. Volume sangat penting didalam gerakan chart.

Jenis – jenis pelabur saham (Trader Saham)

  1. Intraday / scalper : belian dan jualan dlm masa hari yang singkat
  2. Swing: belian dan jualan dalam jangka masa lebih satu hari dan kurang 6 bulan
  3. Position: mid term hingga long term
  4. Investor : long term dan hold kaunter bertahun – tahun

67 Terminologi Dalam Trading Saham selalu digunakan (akan bertambah jika ada istilah-istilah baharu, boleh juga tambah diruangan komen jika ada istilah yang tiada dalam senarai di bawah)

  1. Bullish : pasaran tengah kuat dengan gerakan menaik / banyak belian / pasaran aktif / indeks hijau
  2. Bearish : pasaran tengah melemah dan menurun / banyak jualan / indeks merah
  3. Uptrend : kaunter dalam gerakan trend menaik (bullish)
  4. Downtrend : kaunter gerakan trend menurun (bearish)
  5. Candlestick : sejenis bentuk seperti lilin yang mewakili pergerakan harga pada chart
  6. Candlestick Pattern : pattern yang terbentuk hasil dari gabungan dua atau lebih candlestick. Pattern ini dapat ditafsirkan kepada potensi gerakan yang seterusnya.
  7. Chart : rekod pergerakan harga yang ditafsirkan dalam bentuk carta. Mengandungi harga dan tarikh serta ditambah dengan volume dan indicator untuk melihat gerakan harga semasa dan potensi gerakan harga.
  8. Chart Pattern : pattern yang terbentuk hasil gabungan candlestick, terdapat dua jenis chart pattern iaitu reversal dan continuation patterns. Dengan memahami chart pattern, trader boleh analisis potensi gerakan lanjut sesuatu kaunter saham.
  9. Reversal : point pertukaran arah, biasanya kita boleh gunakan candlestick pattern dan chart pattern
  10. Pull Back : perubahan arah gerakan kaunter, dari menurun kepada menaik atau dari menaik kepada menurun
  11. Retrace / retracement : Kaunter membuat penurunan seketika setelah membuat kenaikkan yang banyak. Kebiasaannya kaunter uptrend bergerak zig zag.. naik turun seketika, sambung naik.. turun seketika dikenalik sebagai retrace.
  12. Sideway: kaunter yang bergerak mendatar, tidak menaik dan tidak menurun
  13. Loss : kerugian akibat kejatuhan harga dari harga belian
  14. Profit : keuntungan apabila harga naik lebih tinggi dari harga belian
  15. Resistance : Aras Rintangan Harga, paras harga yang selalu dicapai. Jika ditembusi, harga dipercayai akan naik.
  16. Support : Aras Sokongan Harga, paras harga lantai dimana jika ditembusi, beranggapan harga semakin jatuh.
  17. RBS (Resistance Become Support): Aras rintangan (resistance) yang berjaya dipecahkan, secara automatiknya akan menjadi aras sokongan (support)
  18. SBR (Support Become Resistance) : Aras sokongan (support) yang telah bocor, secara automatiknya akan menjadi aras rintangan (resistance)
  19. Trading Plan : rancangan trading yang mengandungi entry price, cut lot price, aras support, beberapa aras rintangan dan aras target harga
  20. Trading Strategi : strategi trading dengan mengambil kira trading plan, chart pattern, candle pattern, news, perancangan untuk hold / swing, aras-aras target dan aras exit
  21. Limit Up, LU : kenaikkan maksimum sesuatu kaunter yang dibenarkan dan telah ditetapkan oleh peraturan, sekiranya harga mencapai aras ini, tiada lagi kenaikkan dibenarkan, perlu tunggu esok. Untuk kaunter di bawah harga 0.995, limit up value adalah sebanyak 30 sen. Untuk kaunter diatas RM1.00, limit up value adalah sebanyak 30%
  22. Limit Down, LD : kenaikkan maksimum sesuatu kaunter yang dibenarkan dan telah ditetapkan oleh peraturan, sekiranya harga mencapai aras ini, tiada lagi kenaikkan dibenarkan, perlu tunggu esok. Untuk kaunter di bawah harga 0.995, limit up value adalah sebanyak 30 sen. Untuk kaunter diatas RM1.00, limit up value adalah sebanyak 30%
  23. Gap up: lompatan harga, kaunter dibuka tinggi dari harga ditutup sebelumnya
  24. Gap down: terjunan harga, kaunter dibuka rendah dari harga ditutup sebelumnya
  25. Q buy : Beratur untuk belian
  26. Q sell : Beratur untuk jualan
  27. Correction: kejatuhan harga melebihi 10% tetapi kurang dari 20% selepas kenaikkan panjang. Juga dikenali sebagai pembetulan harga. Nantikan reversal untuk sambung naik semula akan tetapi jika kejatuhan melebih 20% akan bertukar menjadi bearish.
  28. Rebound : harga kembali naik dari aras penurunan terendah
  29. Market Crash: kejatuhan tragik dan dramatik besar – besaran index dan membawa sekali kejatuhan dengan kebanyakkan kaunter saham. Ini menandakan ekonomi dan pasaran yang sangat lemah.
  30. Entry Price / EP : harga belian / harga masuk sesuatu kaunter
  31. Sell / Exit : jual, closed position
  32. Hold : beli dan simpan selagi tiada sell signal
  33. Cut Loss / CL: jual pada harga yang rendah dari harga belian, kebiasaannya perlu cut loss jika harga bocor aras sokongan kuat
  34. Take Profit: menjual sebahagian atau kesemua lot saham yang dibeli setelah mendapat keuntungan capital gain
  35. Target Price/ TP: paras harga yang dijangka akan dicapai. TP juga dikenali Take Profit
  36. Stop Loss / SL: aras yang telah ditetapkan untuk keluar dari pegangan kaunter dalam kerugian kerana harga telah bocor aras sokongan. Biasanya kita boleh set auto stop loss di akaun CDS kita.
  37. Breakout / BO: harga melebihi paras target atau resistence
  38. Capital Gain – Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu.
  39. Diversify – Membeli pelbagai saham dari pelbagai sektor / industri bagi mengurangkan risiko.
  40. Dividen – Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham (shareholder) pada tempoh tertentu. Tidak semua syarikat saham yang memberikan dividen kepada pemegang saham mereka.
  41. Indeks – Penanda aras dalam setiap sektor.
  42. Initial Public Offering (IPO) – Saham syarikat yang ditawarkan jualannya kepada orang ramai sebelum didagangkan di pasaran saham.
  43. Lot : 100 unit saham juga dikenali sebagai 1 lot
  44. Open Price : Harga pembukaan saham pada sesi dagangan jam 9.00 pagi.
  45. Close Price : Harga penutup saham bagi setiap sesi dagangan pada jam 5.00 petang.
  46. Portfolio : Senarai kaunte saham yang telah dibeli (dibuat pelaburan)
  47. Saham / Kaunter Blue Chip – Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi.
  48. Volatility – Ia merujuk kepada tahap keaktifan turun naik pergerakan sesuatu harga saham tersebut dlm sehari. Ianya berkait juga dengan volume dan jumlah transaksi. Lebih volatile sesuatu kaunter, lebih laju gerakan turun naiknya.
  49. UMA (Unusual Market Activity) : pertanyaan dari Bursa kepada syarikat untuk pergerakan harga yang luar biasa.
  50. Trend: arah gerakan chart samada bullish (menaik), bearish (menurun) atas sideway (mendatar)
  51. Trendline : garisan trend dengan mencantumkan sekurang-kurangnya dua point untuk melihat trend gerakan kaunter
  52. DTL (downtrend line) : garisan trend menurun
  53. UTL (uptrend line) : garisan trend menaik
  54. BO DTL: breakout downtrend line, kebiasaan akan disusuli oleh gerakan perubahan arah trend harga dari menurun kepada menaik
  55. BO 52 Week High: breakout paras resistance / harga tertinggi dalam tempoh 1 year atau 52 weeks (52 minggu)
  56. T0,T1,T2,T3,T4…: hari dagangan setelah membuat belian sesuatu kaunter. T ialah transaction / trading day. T0 ialah buy day. T4, 5th days from buy day. Kebiasaannya, T ini digunakan untuk mereka yang menggunakan akaun margin.
  57. Cash CDS Account : akaun CDS tunai, hanya trade dengan modal yang kita ada
  58. Margin CDS Account : akaun CDS hutang, kita diberikan kemudahan untuk menggunakan modal melebihi modal tunai sediada. Ada broker yang memberi 2 kali ganda, dan 3 kali ganda. Tapi, untuk margin account, perlu diselesaikan (dibayar) dalam masa dua hari selepas membuat belian, jika tidak, force sale akan dikenakan.
  59. Force Sale : Jualan paksa untuk pemegang akaun cds margin. Jika tidak dapat topup modal dalam masa yang ditetapkan, broker akan menjual secara paksa / menutup kontrak belian kita pada sesuatu kaunter. Jika tengah untung ok, tapi kalau tengah rugi redha je la.
  60. FIFO : Fast In, Fast out
  61. BTST : Buy Today, Sell tomorrow
  62. Ch : Channel
  63. Cip in : Masukkan jumlah lot dengan kadar sedikit bagi mengenal pasti pergerakan price
  64. Divergence : Arah pergerakan harga berlawanan dengan arah gerakan indicator
  65. Buy limit : Masukkan nilai Buy harga pada sebelum harga tersebut sampai ke posisi tersebut. Setting ini boleh dilakukan dengan log in akaun CDS anda.
  66. Sell limit : Masukkan nilai Sell harga pada sebelum harga tersebut sampai ke posisi tersebut. Setting ini boleh dilakukan dengan log in akaun CDS anda.
  67. GTD (Good To Date) : Lebih buy sesuatu kaunter, terus Q sell pada harga target kemudian pilih GTD untuk tempoh masa yang valid untuk rancangan trading ini. Setting ini boleh dilakukan dengan log in akaun CDS anda.
  68. Tangkap Pisau : Belian dibuat semasa kaunter sedang jatuh agak laju / strong selling  ‘Be Greedy When Others People Fear’. Biasanya boleh guna indicator Bollinger Band.
  69. ATH – All Time High, aras tertinggi harga (chart) sejak didagangkan di Bursa Malaysia
  70. Kaunter Yahudi – Gelaran pada kaunter yang sejarahnya pernah di ‘manipulated’ sehingga kenaikkan tinggi mendadak dan diikuti jualan secara borong menyebabkan penerjunan secara drastik seolah -olah mengikut kejahatan Askar Zionis Yahudi (Tiada belas ihsan).
  71. Kaunter Firaun – Kaunter Firaun adalah kaunter gorengan yang biasanya jika kita lihat sejarah gerakan chart, akan jumpa banyak pattern piramid (V-Top). Kena hati-hati dengan kaunter begini. Sedap masuk tapak, murung sangkut puncak.

Jika ada nak tambah senarai Terminologi Dalam Trading Saham ini, boleh la nyatakan di ruangan komen ya. Semoga bermanfaat. Boleh la bookmark. Senang nak refer nanti.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights