Pada 8 Dec 2022, ada keluar news tentang Skyworld Development Bhd yang bertajuk “Property developer SkyWorld Development seeks Main Market listing”. Selain daripada perniagaan utama sebagai pemaju hartanah (property developer), anak syarikat (subsidiaries) Skyworld Development turut menjalankan perniagaan property development, property investment, management services, treasury management, e-commerce business dan management consultancy services. Dijangkakan Skyword mempunyai 11 projek pembangunan baharu antara tahun 2023 hingga 2026 dengan jumlah nilai pembangunan kasar RM4.61 bilion KLIK SINI untuk berita penuh.
Pada 15 May 2023, SkyWorld mendapat persetujuan Suruhanjaya Securiti Malaysia (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama (Main Market). Terbitan IPO melibatkan terbitan awam (public issue) sebanyak 208 juta saham baharu mewakili kira-kira 20.8% daripada modal saham terbitannya yang diperbesarkan (enlarged issued share capital) semasa penyenaraian. KLIK SINI unuk berita penuh.
Seterusnya pada 6 Jun 2023, keluar news bertajuk “Skyworld eyes 3Q Main Market listing, inks underwriting deal with Kenanga Investment Bank”. KLIK SINI untuk baca. News seterusya, “SkyWorld Development sets eye on Vietnam expansion amid IPO to raise RM166 mil”. IPO Skyword Development akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 10 Julai 2023 dengan harga tawaran IPO sebanyak 80 sen atas RM0.80 per saham. KLIK untuk baca.
Untuk target price dan fair value, Public Bank memberikan fair value sebanyak RM0.96 dan Rakuten Trade juga meletakkan target price sebanyak 0.96 sen untuk IPO Skyworld. Untuk lain-lain broker house atau bank punya target price atau fair value, kami belum ada apa – apa info. Jika rakan-rakan trader ada info, boleh nyatakan di ruangan komen ya.
IPO Skyword terlebih langgan (oversubscribed) sebanyak 0.19 kali. Tarikh penyenaraian adalah pada 10 Julai 2023, menggunakan simbol SKYWLD dan code 5315. Status Syariah Compliance. Pada 4 Julai 2023, news seterusnya berkaitan dengan Skyworld bertajuk “Main Market-bound SkyWorld Development’s 4Q net profit at RM58m, announces three sen dividend”. Klik sini untuk baca.
Dividen 3 sen. Ex date 12 September 2023. Entitlement date 12 September 2023,
Pada 10 July 2023, IPO Skyworld Development Bhd dibuka untuk didagangkan di Bursa Malaysia dengan harga bukaan RM 0.80 tidak berubah dengan harga tawaran IPO. Pada hari pertama didagangkan, mencapai harga tertinggi sebanyak RM 0.81, harga terendah RM 0.730 dan ditutup pada harga 0.740. Dibawah ini adalah chart untuk kaunter IPO SKYWLD (5315) selepas dagangan ditutup pada 13 July 2023. Garisan SnR dan aras target adalah berdasarkan teknik trade candlestick dan juga aras target broker house. (Disclaimer : aras garisan SnR berdasarkan candlestick SnR dan juga sekadar pembelajaran).
Chart daily kaunter SKYWLD selepas pasaran ditutup pada 13 July 2023.
Chart Time Frame 30 minit kaunter IPO SKYWLD selepas pasaran ditutup pada 13 Julai 2023.