Untuk artikel pada kali ini, kami kongsikan tentang potensi gerakan reversal dalam analisis teknikal chart. Pada Isnin (5 Ogos 2024), KCLI dibuka gap down dan membuat penurunan berterusan seterusnya ditutup dengan kejatuhan hampir -75 mata. Candle ditutup di aras trendline. Seterusnya, pada Selasa (6 Ogos 2024), KLCI membuat reversal diaras trendline dan sehingga Jumaat (9 Ogos 2024), kekuatan reversal telah berjaya melepasi aras tertinggi hari Isnin tetapi belum berjaya menutup gap down yang dibuat. Gerakan terjunan dan reversal KLCI ini turut dikongsi bersama dengan sebahagian besar kaunter saham yang didagangkan di Bursa Malaysia. Jadi, untuk perkongsian pada kali ini, kami kongsikan analisis potensi gerakan reversal KLCI dan juga lima (5) teori potensi reversal. Semoga bermanfaat. Anda juga boleh baca tentang Apa itu Trendline dan Teknik Trade Trendline, Jenis – Jenis Pullback Pada Chart, dan Jenis – Jenis Gap Pada Chart.
Pertama sekali kita analisis chart KLCI. Kemanakah potensi aras gerakan seterusnya. Disclaimer : Sekadar kajian, pemerhatian dan pembelajaran semata – mata. Pada 31 Dec 2023, kami ada tulis satu artikel analisis teknikal chart gerakan KLCI yang bertajuk “KLCI Tahun 2024 Jangkaan Bullish dan Potensi Menguji Aras 1600”. KLIK SINI untuk baca.
Chart di atas adalah analisis chart KLCI pada 5 Ogos 2024. Selepas sesi pagi ditutup. Apabila sesi petang dibuka, candle merah semakin besar dan ditutup di aras trendline (garisan hijau) seperti chart dibawah.
Dapat dilihat candle membuat pantulan di aras trendline dan seterusnya membuat gerakan reversal mencari aras tertinggi (buka) KLCI pada 5 Ogos 2024 (candle merah besar).
TEORI GERAKAN REVERSAL (CHART BULLISH)
Secara teorinya kita boleh gunakan fibonacci retracement untuk mengukur kekuatan reversal dan juga menentukan aras – aras potensi rintangan (resistance) untuk reversal. Tarik fibonacci dari Point A (puncak terakhir) ke Point B (tapak reversal) dan gunakan fibonacci level sebagai aras rintangan / target semasa.
Jaid, secara teorinya potensi gerakan KLCI adalah seperti di bawah:
Dapat kita lihat pada chart KLCI diatas, candle terakhir telahpun sampai ke aras fibonacci 0.618 dan ditutup merah. Jadi, adakah candle seterusnya akan turun mencari aras fibonacci 0.500 / 0.382? Atau meneruskan gerakan menguji aras puncak terakhir di aras fibo 1.00 (1638.29). Akan tetapi, jika turun menguji aras fibo 0.500 dan bocor juga, maka potensi untuk KLCI menguji aras fibo 0.236 dan juga trendline sekali lagi. Jika masih membuat pantulan, maka masih mengekalkan kekuatan dan trend bullish. Akan tetapi, jika bocor juga trendline maka potensi untuk membuat pertukaran trend daripada menaik (bullish) kepada menurun (bearish). Kenaikkan semasa cuma “Dead Cat Bounce“. Sebagai seorang trader tegar, kita memang sangat mengharapkan KLCI tidak bocor trendline dan kejatuhan kali ini sekadar pullback atau correction semata – mata. Boleh baca tentang Pullback, Reversal dan Correction Dalam Analisis Teknikal Chart.
TEORI – TEORI GERAKAN REVERSAL
Berdasarkan pengalaman kami dalam dunia trading hampir 10 tahun dan kajian serta pemerhatian chart secara berterusan, dibawah ini kami kongsikan 5 contoh potensi teori gerakan reversal yang biasa kami jumpa semasa membuat kajian analisis teknikal chart. Semoga bermanfaat. Mungkin ada lagi gerakan yang lain tetapi sekali lagi kami maklumkan bahawa teori – teori gerakan di bawah adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian kami dalam membuat analisis teknikal.
POTENSI TEORI GERAKAN REVERSAL #1
Contoh Teori Gerakan Reversal #1
POTENSI TEORI GERAKAN REVERSAL #2
Contoh Teori Gerakan Reversal #2
Jika berminat untuk belajar tentang fibonacci retracement dan juga fibonacci extension, boleh klik pada image di bawah:
POTENSI TEORI GERAKAN REVERSAL #3
Contoh Teori Gerakan Reversal #3
Jika berminat untuk belajar analisis teknikal chart yang mudah dan menguntungkan, boleh sertai sesi pembelajaran one to one (personal coaching) yang kami anjurkan. Klik pada image di bawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
POTENSI TEORI GERAKAN REVERSAL #4
Contoh Teori Gerakan Reversal #4
POTENSI TEORI GERAKAN REVERSAL #5
Contoh teori potensi gerakan reversal #5
Semoga bermanfaat dan dapat belajar sesuatu daripada perkongsian ini. Jemput kongsikan artikel ini kepada rakan – rakan trader yang lain agar lebih ramai yang mendapat ilmu dan manfaat.