Apabila munculnya gap up pada sesuatu kaunter itu menandakan adanya satu momentum dan minat belian yang kuat pada kaunter tersebut. Kemunculan gap ini biasa di sebabkan oleh news, rumors dan QR report yang sangat bagus. Cuma kita kena kenalpasti jenis – jenis gap supaya tidak tersilap analisis. Ini kerana, ada gap yang bagus dan ada gap yang menunjukkan trend bakal berakhir. Terdapat empat jenis gap iaitu common gap, breakaway gap, measuring atau runaway gap dan juga exhaustion gap. Gap yang terbaik adalah breakaway gap dan runaway gap. Kalau dapat jumpa, memang lumayan juga la profit nanti. Jadi, rajin – rajin la kaji dan cari kaunter yang buat gap. Buat watchlist siap-siap, then boleh kaji SnR, siapkan alert dan trading plan.
Berikut adalah jenis – jenis gap yang perlu dikenalpasti dan diketahui kewujudannya :
Common gap biasa terjadi dan tidak memberikan apa – apa kesan yang kuat pada gerakan chart. Biasanyanya gap ini muncul tanpa volume yang kuat dan seterusnya harga akan kembali mengisi dan menutup gap yang terbentuk.
Breakway gap adalah gap yang wajib di ambil perhatian kerana breakaway gap mempunyai kekuatan momentum yang sangat kuat dan akan terus menolak harga ke atas. Gap up terbentuk apabila harga melompat naik disokong oleh volume yang sangat besar. Biasanya gap ini tidak akan di isi atau ditutup kembali. Harga akan retrace tetapi sekadar di aras low gap candle. (Akan tetapi, ada juga keadaan fake gap apabila selepas gap up, harga kembali turun menutup gap. Boleh abaikan kaunter seperti ini).
IDEA TRADE DENGAN BREAKAWAY GAP
Oleh sebab breakway gap ini penting, jadi kami kongsikan maklumat tambahan berkenaan dengan gap ini. Semoga bermanfaat.
Continuation atau Runaway Gap adalah gap yang berlaku seterusnya untuk menyokong kekuatan momentum breakaway gap dan untuk meneruskan kekuatan pendakian harga ke atas.
Exhaustion Gap adalah gap yang terakhir pada fasa kenaikkan harga seterusnya akan berlakunya pertukaran trend dari menaik kepada menurun. Gap ini sangat bahaya dan perlu diambil perhatian serius. Jika seterusnnya harga turun dan mengisi kekosongan gap, maka, akan bermulalah fasa kejatuhan dan pertukaran trend jadi menaik kepada menurun. Kena berhati dan pastikan boleh kenalpasti exhaustion gap ini sebab risiko untuk tersangkut di puncak sangat tinggi.
Begitulah serba sedikit perkongsian tentang jenis – jenis gap. Semoga bermanfaat. Kongsikan dengan rakan-rakan trader yang lain ya.
Pingback: Review dan Analisis Kaunter CCK oleh CGSCIMB TP RM1.03 - Teknik Trade : Ichivergence Hunter