+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Teknik Trade Saham Dengan EMA20

Untuk entry kali ini, kami akan terangkan tentang teknik trade saham dengan EMA20. Ada banyak teknik didalam pelaburan saham yang boleh dipelajari dan boleh mahirkan satu persatu. Cuma boleh cari teknik mana yang rasa sesuai dan dekat di hati 🙂 Apa tu EMA20? EMA20 bermaksud Exponential Moving Average 20 periods, dalam bahasa melayu purata pergerakan harga saham exponetial 20 tempoh masa. Jika merujuk pada chart daily, maka EMA20 bersamaan dengan pergerakan harga saham sepanjang 20 hari dagangan. Boleh juga kita anggap sebagai 1 bulan kerana trading day hanya isnin hingga ahad dan setelah ditolak sabtu dan ahad, purata sebulan trading day sebanyak 20 hari. Jika chart weekly, maka EMA20 bersamaan dengan pergerakan harga saham dalam tempoh masa 20 minggu. Begitulah juga dengan time frame yang lain. Cuma kami lebih suka guna EMA21 dari pada EMA20.. ganjil lebih menarik. Jika ada yg pernah join kelas yg kami anjurkan, pasti akan selalu nampak kami guna EMA21 bukan EMA20.

Rujuk Chart di atas. Nampak jelas tak teknik trade saham dengan EMA20?

Pertama sekali rujuk “Best ENTRY Area”. Entry terbaik untuk menggunakan indicator EMA20 adalah apabila price / candle BO aras rintangan keras beserta dengan EMA20 juga BO aras rintangan tersebut. Jadikan sebagai aras penentu hala tuju atau aras sokongan kuat. Untuk gerakan menaik yg kuat, garisan EMA perlu mendongak ke atas. Untuk permulaan bullish atau kekuatan bullish, candle mesti cross up EMA20 dan tidak bocor.

Kedua, EMA20 sebagai trailing stop. Swing kaunter selagi tak bocor EMA20. Sell atau secure profit jika harga bocor EMA20. Sesuai untuk short dan mid term trade.

Ketiga, selepas bocor kemudian naik semua atas EMA20, boleh re – entry dan jadikan EMA20 sebagai support.

Keempat, masalah atau kekangan untuk teknik trade saham dengan EMA20 ini adalah kita akan terlepas untuk exit di puncak harga. Jadi, boleh tambah satu lagi indicator iaitu Bollinger Band dan mengesan bearish divergence pada indicator MACD untuk exit lebih dekat dengan puncak harga.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan sedikit sebanyak memberi panduan kepada rakan-rakan trader semua. Diharap anda dapat kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan yang lain ya. Untuk pembelajaran serta perbincangan yang lebih mendalam dan berterusan, anda dijemput untuk menyertai kelas Saham Teknik Trade Setup Ketenangan yang kami anjurkan. Selamat melabur saham, konsistan profit dan jadilah pelabur yang berilmu.

Jemput tonton video di bawah ini yang bertajuk “Hebatnya Moving Average” untuk kegunaan indicator moving average dalam analisis teknikal chart :

Selain itu, jemput tonton video bertajuk ” Scan Kaunter Dengan TradingView dan Teknik Trade Dengan Moving Average “. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights