+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Idea Trade Dengan Indicator Bollinger Band

Bollinger band (BB) merupakan salah satu indicator yang telah digunakan secara meluas dan sangat bagus jika anda dapat mahirkan diri dengan bollinger band ini. Dengan menggunakan bollinger band, kita boleh membaca pergerakan chart samada sesuai untuk membuat pembelian ataupun perlu membuat jualan. Selain itu, jika sedang berkira-kira untuk membeli sesuatu kaunter saham, kita boleh elakkan kerugian dari terbeli kaunter yang jika dilihat pada bollinger band sudah muncul signal jualan.

Kebiasaannya candle akan berada didalam BB channel. Akan tetapi akan ada beberapa candle yang akan terkeluar di lower bollinger dan di upper bollinger.

Secara mudahnya untuk trade dengan indicator Bollinger Band ini, jika candle terkeluar di bawah lower bollinger ianya petanda kepada signal belian dan jika candle terkeluar di atas upper bollinger ianya merupakan petanda kepada signal jualan. Jadi, jika sesuatu kaunter itu candlenya sudahpun hampir dengan upper bolinger dan juga jika sudahpun terkeluar dari upper bollinger, elakkan dari membuat belian ya. Jika anda sedang hold kaunter tersebut, boleh la take profit terlebih dahulu kerana kebiasaannya harga akan turun selepas itu.

Jika selepas ini anda cuba mengkaji tentang teknik trade dengan bollinger band ini, anda akan jumpa chart dimana BB mengecut. Berikut adalah teknik trade bila bolinger band mengecut:

Merujuk kepada chart diatas ini, jika BB mengecut dan seterusnya candle telah bocor support dan closed di bawah lower bollinger, silalah lari cepat jika anda sedang hold kaunter tersebut. Jangan ada hope analisis kerana jauh juga akan terjunnya nanti. Berbeza dengan bollinger mengecut dan seterusnya candle break resistance dan terkeluar dari upper bolinger. Boleh perati rapat kerana tinggi jugak naiknya nanti.

Untuk belajar lebih detail tentang teknik trade dengan bollinger band ini, boleh KLIK DISINI untuk subscribe Video Pembelajaran dan Pemantapan Ilmu Teknik Trade Dengan Bollinger Band. Anda akan terima 2 video pembelajaran iaitu teknik basic – intermediate dan satu lagi teknik trade advanced dengan indicator Bollinger Band. Kami juga akan kongsikan tentang teknik trade dengan double bollinger, memang sangat mudah untuk trade jika anda dapat mahirkan diri dengan teknik double bollinger ni. Tak perlu nak belajar teknik lain pun dah boleh jana keuntungan yang konsisten.

22 Bollinger Band Rules

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights