Kini anda boleh redeem reward CDS UOB di website UOB Kay Hian. Ya, berita baik untuk semua pemegang akaun CDS UOB Kay Hian, sistem reward sudah kembali aktif selepas tidak dapat di akses sebelum ini. Rasanya ramai yang tidak alert atau sedia maklum tentang sistem reward ini. Sebelum itu, jika anda belum mempunyai akaun CDS UOB Kay Hian dan berminat untuk membuka akaun CDS, boleh juga buka dengan kami. KLIK DISINI untuk guide langkah demi langkah cara-cara untuk membuka akaun CDS UOB. Proses dalam masa 3 – 5 hari bekerja.
Untuk redeem reward, pertama sekali perlu login ke laman web Utrade dan semak dahulu jika anda mempunyai reward yang boleh di redeem. Selepas login, klik pada “Reward”. Nanti akan keluar pop-up untuk reward page.
Untuk contoh, seperti di atas, terdapat 14,288 rewards points yang boleh di redeem dan sebanyak 5,104 points akan tamat tempoh pada 31 Dec 2024. So, bila dah ada reward point, boleh la redeem. Di bawah rewards point ini ada disenaraikan item – item yang boleh redeem. Antaranya adalah seperti berikut :
Kemudian, sebagai contoh berminat untuk redeem Brokerage Rebate – RM200. Klik “View”
Seterusnya klik “Add to cart”
Kemudian klik “Checkout”
Akhir sekali klik “Confirm Redemption”.
Untuk semak status dan rekod Redemption, klik pada “Redemption History”
Merujuk pada contoh di atas, status “Processing”. Biasanya akan ambil masa 1 hari bekerja. Jika sudah berjaya, akan bertukar status kepada “Successful”. Jadi, sekurang – kurangnya ada juga la sesuatu yang boleh di redeem dan digunakan. Semoga bermanfaat. Jika belum ada akaun CDS UOB dan berminat untuk buka, boleh KLIK DISINI ya.