Untuk entry kali ini, kami kongsikan tentang mudahnya trade dengan Multiple Layers Moving Average. Moving average seperti yang kita sedia maklum merupakan indicator analisis teknikal chart yang digunapakai secara meluas oleh para trader. Ada pelbagai teknik penggunaan Moving Average. Didalam website ini juga kami ada kongsikan beberapa artikel tentang topik Moving Average. Boleh KLIK SINI untuk baca. Secara umumnya, moving average merupakan garisan yang mewakili purata pergerakan harga dalam sela masa tertentu. Terdapat banyak jenis moving average, tetapi biasanya kami gunakan Exponential Moving Average untuk membuat analsis teknikal chart.
Secara teorinya berdasarkan kajian dan pemerhatian kami, boleh diringkas teori Moving Average seperti dibawah ini :
Apa itu Multiple Layers Moving Average?
Image diatas adalah chart yang menggunakan indicator Multiple Layers Moving Average. Ciri – ciri Multiple Layers Moving Average adalah seperti berikut:
- Penggunaan pelbagai nilai Moving Average dalam satu masa. Daripada Moving Average pendek hingga yang sangat panjang
- Lebih mudah untuk melihat Fasa Kekuatan chart samada fasa bearish, sideway dan bullish
- Lebih mudah untuk melihat Aras Sokongan dan Rintangan kerana secara teorinya setiap moving average boleh dijadikan sebagai aras sokongan dan rintangan
- Dapat mengenalpasti aras pantulan / reversal dan merancang entry terbaik
- Mudah untuk kenalpasti Aras Tapak, Aras Puncak dan Aras Penentu Halatuju
- Tergunapakai untuk semua jenis platform trading samada Saham, FCPO, Kripto. Oil, Gold dan sebagainya
- Salah satu daripada teknik trade yang mudah dan menguntungkan
Sambungan chart FCPO diatas adalah seperti dibawah.
Untuk penerangan lanjut dan lebih mendalam. boleh tonton video dibawah ini ya. Semoga bermanfaat. Jika berminat untuk mendapatkan access penggunaan indicator Multiple Layers Moving Average serta teknik penggunaan dan idea trade, boleh KLIK DISINI ya.