Oleh sebab kami merupakan salah seorang pengguna kereta Subaru Forester, disini kami akan kongsikan tentang masalah yang sudahpun dihadapi dengan kereta Subaru Forester setakat ini. Kereta ini dibeli pada tahun 2018 tapi keluaran 2016. Jadi, lebih kurang sudah 6 tahun tempoh penggunaan. Sebelum itu, kita lihat dulu kaunter – kaunter Automotive di Bursa Malaysia.
Diatas ini merupakan kaunter – kaunter dibawah sub – sektor Automotive. Berikut adalah senarai kaunter dan brand yang diwakili :
Bauto – Mazda dan Kia
DRBHCOM – Proton
HLIND – Yamaha (lebih kepada motosikal)
MBMR : Daihatsu, Hino, Perodua, Volvo and Volkswagen
TCHONG – Nissan, Renault
So, jika ada pelancaran produk baru boleh la tengok – tengok kaunter saham yang diwakiili. Mana tau ada gerakan drastik. Subaru di bawah syarikat pengedar yang mana? Ya, takde pula dalam senarai diatas. Untuk makluman, Subaru diedarkan oleh Tan Chong International Limited (TCIL) cuma tidak disenaraikan di Bursa Malaysia tetapi di pasaran saham Hong Kong.
Ok. Kembali kepada masalah yang dihadapi oleh Subaru Forester.
BALUTAN STEERING MENGELUPAS
Masalah pertama yang dihadapi adalah belum sampai setahun, balutan steering dah mengelupas. Cuma masih ada warranty masa tu. So, tukar baru. Lepas tu, sampai ke hari ini, tak pernah mengelupas lagi.
RADIO
Rasanya tak sampai dua tahun dah padam. Dia padam secara tiba – tiba. Mungkin dah tiba ajalnya. Pernah pergi repair di Klang. Hidup semula. Tapi, tak sampai beberapa bulan dah penyakitnya muncul kembali. Padam. So, tukar terus kepada android player. Kos untuk android player tengok jenis jugak. Kalau nak yang biasa – biasa RM400 pun boleh dapat. Kalau nak yang mengada – ngada siap ada kamera depan belakang, boleh adjust sound system & sebagainya lebih RM1k juga la kosnya.
AIRCOND
Aircond tiba – tiba sebelah kiri sejuk, sebelah kanan panas. Masalah muncul selepas 3 tahun kalau tak silap. Pergi repair, ada kedai cakap compressor pulak, ada kedai cakap topup gas sahaja. So, topup gas dulu. Beberapa kali terjadi dan topup gas. Kesudahannya tahun ni, pagi servis aircond, tengahari dah takde. Kedai di Puchong cakap kena letak cecair UV. Nak detect samada Cooling Coil rosak atau compressor. Then, untuk repair kena tinggal kereta satu hari sebab banyak kerja nak buat termasuk kena buka dashboard. Kos utk repair kalau cooling coil rosak dalam RM1k++, compressor RM2k++. Macam mengarut. Kena cek market rate. Cari dekat forum, jumpa satu lagi kedai yang biasa repair aircond Subaru Forester. Lokasi di Puchong juga. Bila call, terus bengkel cakap cooling coil bocor biasanya. Datang kedai, tak sampai 2 jam dah siap tukar cooling coil termasuk topup gas. Tak perlu buka dashboard. Kos repair / tukar cooling coil RM803 je. Nasib tak terkena dengan bengkel pertama tadi. Gambar – gambar seperti dibawah :
BEARING
Bila tengah drive ada bunyi berdengung tandanya bearing ada problem. Bila dah kritikal, bawa 50kmj tayar depan dah bunyi macam motorbot. So, pergi bengkel. Bila check, bearing tayar kiri yang berbunyi motorbot tu dan dua tayar belakang bunyi berdengung. Bearing ayar depan kanan masih sihat. Kos untuk repair lebih kurang RM450 untuk satu bearing.
Lower Arm Bush
Selepas tukar bearing tayar depan, dapat pulak masalah lain. Bila tengah drive tiba – tiba rasa macam melompat – lompat tayar. Macam tengah lalu line kuning berjalur – jalur tu. Awalnya masa bawa 100kmj rasa gitu. Then, lama kelamaan bawa 50kmj dah start gegar terutamanya bila turun bukit. Maybe sebab load banyak ke depan bila tengah turun bukit. So, pergi cek dekat Subaru Sevice Centre katanya Lower Arm Bush dah kritikal. Getahnya dah retak dan tercabut. Kos cek masalah RM68 kalau tak silap. Kos repair RM530.
So, setakat ini ada lima masalah yang sudahpun dihadapi. Dihari – hari mendatang tak pasti lagi apa pula yang nak rosak. Kalau ada pengguna lain yang baca tentang posting ini boleh la kongsikan apa lagi masalah yang dihadapi dan kos yang perlu dikeluarkan untuk repair.
IKLAN 1
IKLAN 2