Description
Bollinger Band merupakan salah satu daripada indicator chart yang digunakan secara meluas oleh para trader di seluruh dunia untuk semua platform trading seperti Saham, FCPO, Kripto, Oil, Gold, Forex dan sebagainya. Indicator Bollinger Band ini dapat menunjukkan secara jelas gerakan chart dan signal belian serta signal jualan. Dengan menggunakan Custom indicator Bollinger Band (BB), akan bertambah jelas untuk melihat gerakan chart, pengaruh bullish dan bearish, aras gerakan chart serta signal entry dan exit yang lebih tepat dan meyakinkan. Terdapat 3 idea utama penggunaan Custom Indicator Bollinger Band ini iaitu Core BB, Twin / Combo BB dan juga Multiple Layer BB. Didalam video penerangan tentang teknik penggunaan Custom Indicator Bollinger Band ini, kami terangkan teknik penggunaan untuk pasaran 1 hala iaitu merujuk kepada chart kaunter saham dan juga penggunaan untuk pasaran 2 hala iaitu merujuk kepada chart FCPO. Untuk penggunaan 2 hala lebih mantap kerana lebih banyak profit boleh dijana dengan menggunakan indicator ini. Semoga bermanfaat. Contoh chart untuk 3 idea utama penggunaan Custom Indicator ini adalah seperti di bawah :
(1) CORE BB
(2) TWIN BB / BB COMBO
(3) MULTIPLE LAYER BB
Reviews
There are no reviews yet.