+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Kebaya Nyonya Dan Kelengkapan Kebaya

Selain daripada berdagang saham sepenuh masa, kami mempunyai perniagaan butik kebaya nyonya. Nama brand dan perniagaan kami adalah IzzKebaya. Perniagaan butik kebaya nyonya ini bermula sejak tahun 2010 sehingga sekarang. Produk utama adalah baju kebaya nyonya sulaman tangan dengan sulaman yang halus dan berkualiti untuk saiz dewasa dan kebaya nyonya kanak – kanak. Selain itu, kami ada menjual produk kelengkapan kebaya seperti kain padanan kebaya nyonya iaitu kain batik selisih dan kain pareo, kerongsang berantai, dokoh kebaya dan payung kertas nyonya. Produk – produk ini boleh di beli di website kami iaitu https://www.izzkebaya.com/. Selain itu, untuk pembelian kebaya nyonya dan kelengkapan kebaya, boleh hubungi kami di whatsapp dan juga boleh KLIK DISINI. Jika belum pernah memakai baju kebaya, boleh cuci mata dan cari idea padanan warna kebaya dengan melihat Galeri Gambar IzzKebaya. Disini kami kumpulkan gambar – gambar kiriman para pelanggan yang pernah membeli kebaya nyonya dengan IzzKebaya.

Website IzzKebaya

Untuk pembelian produk di website kami.
1) Lawat website di https://www.izzkebaya.com/
2) Letak cursor pada menu “Online Shop” (rujuk image di bawah)
3) Akan keluar senarai untuk dipilih.
4) Klik pada produk pilihan anda, nanti akan dibawa ke online shop
5) Pilih produk, add to cart dan follow langkah seterusnya

Sepanjang 13 tahun perniagaan kebaya ini beroperasi banyak kali juga dapat masuk surat khabar, majalah dan juga rancangan TV dan filem. Kira popular la jugak. Untuk senarai penampilan di media boleh KLIK DISINI. Selain itu, ramai juga artis, selebriti, penerbitan drama, filem, telemovie dan program TV yang memohon tajaan baju kebaya. Boleh KLIK SINI untuk gambar-gambar artis dan selebriti yang ditaja. Ramai kan? Cuma berbaloikah untuk beri tajaan (sponser) kepada artis (selebriti)? Boleh BACA DISINI untuk kupasan lanjut.

Sebelum ini butik fizikal IzzKebaya terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Tapi apabila pandemik Covid19 melanda dunia, dengan PKP ntah berapa banyak kali, then macam-macam syarat kena patuhi maka lebih afdal keputusan menutup butik fizikal dan hanya beroperasi secara online buat masa ni. Tapi, gitulah bila takde kedai fizikal hari-hari pun ramai yang call tanya kedai dkt mana. Bertabahlah. Maybe bila keadaan kembali bertenang, akan buka kembali butik fizikal. Banyak perkara dan kos yang perlu diambilkira untuk membuka sebuah butik fizikal. Bukan boleh main petik je then semuanya tersedia. Kami ada tulis tentang “Bagaimana Cara Untuk Buka Butik Pakaian?”. Jemput la baca ya. Satu lagi perkongsian bertajuk “Bagaimana Untuk Setup Bisnes Online”. Jemput baca juga. Semoga bermanfaat.

Selain daripada website, https://www.izzkebaya.com/, IzzKebaya menggunakan platform media sosial Facebook, Instagram dan Tiktok untuk medium pemasaran dan pengiklanan. Jemput la lawat, like dan follow ya.

Facebook izzkebaya.com. Link : https://www.facebook.com/Izzkebayadotcom

Facebook izzkebaya.kl. Link : https://www.facebook.com/kebayanyonyakl

Instagram izzkebaya.hq. Link : https://www.instagram.com/izzkebaya.hq/

Instagram izzkebaya_kl. Link : https://www.instagram.com/izzkebaya_kl/

TIKTOK IzzKebaya. Link : https://www.tiktok.com/@izzkebaya.hq?_t=8fAC7dHtTM1&_r=1

Untuk pembelian baju kebaya nyonya dewasa, kebaya nyonya kanak – kanak, kain batik padanan kebaya seperti kain batik selisih dan kain pareo, kerongsang berantai, dokoh kebaya dan payung kertas nyonya, boleh dapatkan di butik kebaya nyonya IzzKebaya dengan lawat website kami di https://www.izzkebaya.com/ atau whatsapp kami ya. Terdapat banyak pilihan warna dan saiz.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights