Untuk perkongsian pada kali ini, kami kongsikan tentang bagaimana untuk setup bisnes online? Salah satu daripada teknik trade iaitu teknik trade bisnes online. Misi dan matlamat yang sama. Menambah pendapatan untuk menghadapi kehidupan yang makin sukar dan keras pada hari ini. Salah satu cara untuk menambah pendapatan adalah dengan berniaga. Trade saham juga selalu disamakan dengan perniagaan. Perlukan modal, ada risiko dan ada keuntungan. Kos paling murah untuk setup sebuah perniagaan adalah dengan bisnes online. Bisnes online tidak perlukan sewa premis, tanggung kos overhead yang besar dan lebih felxible untuk dilakukan secara sambilan atau separuh masa. Jadi, apakah yang diperlukan dan bagaimana untuk setup bisnes online?
Untuk makluman, selain dari berdagang saham sepenuh masa (full time trader), kami mempunyai sebuah perniagaan iaitu menjual baju kebaya nyonya dan juga kelengkapan kebaya. KLIK SINI untuk lawat website Kebaya Nyonya kami. Bermula dari tahun 2010 dengan bisnes online tanpa modal sehingga mampu membuka sebuah butik pakaian dengan 4 orang pekerja sepenuh masa. Akan tetapi, oleh sebab PKP Covid 19 selama dua tahun dan masa tu tak pasti sampai bila nak ber”PKP” maka butik terpaksa tutup dan kembali kepada bisnes online. Ayat “bisnes online tanpa modal” mungkin menarik minat kan? Bagaimana boleh terjadi? Dulu sangat popular dengan sistem dropship tapi untung tak besar mana. Jadi, kami bekerjasama dengan tukang sulam dan tukang jahit kebaya dengan mengambil tempahan pre – order. Pelanggan perlu deposit RM50 untuk pengesahan tempahan. Kami hanya perlu buat marketing dan ambil order seterusnya membuat penghantaran selepas kebaya siap dijahit. Dari tempahan kurang dari 10 helai berkembang kepada 100 helai dan bertambah dari semasa ke semasa dan dengan hasil keuntungan pre order kami membeli ready stock. So, telah menjadi dua cabang keuntungan. Satu dengan pre order dan satu dengan jualan ready stock. Kemudian berkembang lagi dengan menjual kelengkapan kebaya seperti kain batik selisih, kerongsang, dokoh, tali pinggang besi, payung kertas nyonya dan terompah kebaya. Dari jumlah jualan tahunan 4 angka menjadi 6 angka. Jadi, setiap sesuatu perlukan pencetus dan pemula. Mulakan dengan satu perniagaan kecil – kecilan kepada yang lebih besar. Salahsatunya, mulakan dengan bisnes online.
BAGAIMANA UNTUK SETUP BISNES ONLINE?
- Perkara utama dan paling penting untuk memulakan sesuatu perniagaan, perlu ada produk. Produk yang biasa dicari dan mempunyai demand yang tinggi adalah produk kegunaan harian seperti pakaian, makanan, penjagaan kesihatan dan kebersihan. Anda boleh juga search di google atau media social produk popular untuk bisnes online.
- Jika inginkan bisnes online anda lebih maju dan boleh pergi jauh, jangan rojakkan produk anda. Sekejap jual kuih bahulu, lepas tu jual pampers, lepas tu jual sambal, lepas tu jual baju tido, lepas tu jual wiper kereta dan macam – macam lagi. Jadi, perniagaan anda tidak mempunyai identiti yang boleh diingati oleh pelanggan yang pernah membeli produk anda. Kembangkan produk yang mempunyai niche dan kategori yang sama.
- Jika boleh, bina satu website kedai online (ecommerce) sebagai platform pemula. Di website ini, anda boleh perkenalan diri, perkenalkan produk, simpan rekod dan database produk & pelanggan dan sebagainya. Bina sendiri website jadi kos lebih murah dan akan lebih mudah untuk kemaskini sendiri. Kami akan publish satu video pembelajaran tentang “Cara – Cara Bina Website Ecommerce Dengan Mudah”. Boleh la nanti subscribe video ya. Cuma untuk bina website, perlukan kos untuk membeli domain, hosting dan template kedai online. Domain dan hosting akan menjadi kos tanggungan kerana perlu perbaharui langganan setiap satu tahun.
- Perlu daftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Untuk nama sendiri RM30 setahun, untuk nama perniagaan RM60 setahun. Sebab sekarang perniagaan online wajib daftar dengan SSM dan paparkan salinan pendaftaran SSM di website atau apa-apa platform perniagaan yang anda gunakan. Sekarang ini, daftar secara online pun boleh.
- Kiraan harga jualan produk juga penting. Untuk menetapkan harga jualan produk tidak boleh hanya dengan mengira harga belian stock ditambah dengan peratus keuntungan semata – mata. Perlu ambil kira kos pengangkutan, kos pemasaran dan pengiklanan, kos upah / gaji pekerja (jika ada), kos pembungkusan produk dan kos lain (jika ada) kemudian baru kira keuntungan yang anda inginkan. Jika tidak, untung sangat nipis dan kadang-kadang tidak ada untung pun. Bertukar menjadi amal jariah. Sebab tu tak lama lepas tu terpaksa berhenti berniaga. Sebab modal dan keuntungan tidak berkembang.
- Akan ada pelanggan yang akan persoalkan tentang harga jualan anda. Akan ada pelanggan yang tanya macam – macam. Jangan risau. Rakyat Malaysia sahaja ada berpuluh juta orang. Setakat dua tiga orang yang berbunyi, jangan jadikan sebagai masalah. Yang jenis tanya macam – macam tu pun, biasanya la, sudahnya tak beli pun. Jadi, kena kenalpasti jenis – jenis pelanggan. Ianya tidak boleh dipelajari tapi akan hadir dengan sendiri dengan nama “pengalaman”. Cuba kembangkan perniagaan anda keluar dari Malaysia. Dimana-mana sahaja pelanggan boleh beli produk anda secara online. Anda hanya perlu poskan kepada mereka. Untuk makluman, perniagaan kebaya nyonya kami memang worldwide. Ramai pelanggan dari luar negara yang membeli kebaya dengan kami. Yang penting, kiraan kos penghantaran paling penting dan jangan silap kira.
- Untuk penghantaran produk untuk belian dari pelanggan luar negara, anda perlu alert dan ambil kira tentang KASTAM. Kastas Malaysia dan Kastam negara pelanggan. Biasanya ini yang menjadi penyebab produk lambat sampai dan tidak sampai kepada pelanggan. Untuk Kastam Malaysia, nilai produk jika melebihi RM500, perlu declare dan bayar kos pelepasan.
- Perlu ada rekod untuk akaun keluar masuk dan juga stock. Baru boleh monitor dan merancang masa depan untuk kembangkan perniagaan.
- Pemasaran dan pengiklanan paling penting untuk bisnes online. Tanpa pamasaran dan pengiklanan bagaimana pelanggan berpotensi nak tahu anda anda berniaga online dan menjual produk. Perlu gunakan segala platform media sosial yang ada seperti Facebook, Tiktok, Instagram, Youtube dan sebagainya. Perlu rajin untuk iklankan selalu tentang perniagaan dan produk yang ada jual. Kena kreatif juga. Sebab pelanggan cepat bosan jika iklan yang sama dan tiada wow factor.
- Kena pandai ambil gambar produk dan edit gambar produk. Guna handphone pun ok tak perlu kamera DSLR. Sebab kamera phone pun dah cukup berkualiti sekarang ini.
- Kena rajin buat video – video pendek juga untuk pengiklanan produk. Bisnes online anda perlu sedapkan mata pelanggan kerana pelanggan hanya boleh melihat produk anda tapi tidak boleh sentuh dan bau. Jadi, perlu fokuskan kepada pandangan mata pelanggan.
- Kos penghantaran (Postage) perlu diambilkira. Jika tidak akan memberikan kesan kepada keuntungan jualan anda. Pastikan jangan tersilap letak kos. Perlu ambilkira juga kos pembungkusan. Perlu tahu bahawa penyedia penghantaran seperti Poslaju, J&T, Gdex, Citylink mempunyai dua jenis kiraan kos pengeposan iaitu timbangan berat dan ukuran saiz. Contohnya untuk kiraan berat hanya 300gram jadi sepatutnya kos pengeposan poslaju RM7 akan tetapi ukuran saiz melebihi ukuran yang ditetapkan. Jadi, akan dikira default kepada harga pengeposan 1kg, RM10 tak silap kami la. Charge pada pelanggan RM7 genap. So, dah kena tanggung rugi RM3. Begitulah kiraannya untuk contoh yang ringan. Kalau lebih berat, maka lebih banyaklah kerugian akibat kesilapan ukuran saiz.
- Hati -hati dengan scammer. Scammer merata tempat pun ada. Pastikan periksa terlebih dahulu bukti pembayaran dan periksa baki akaun anda terlebih dahulu. Selepas diperiksa dan tiada masalah, baru boleh buat penghantaran.
- Jangan cepat mengalah dan putus asa. Perlu perbaiki apa yang kurang. Bina hubungan baik dengan pelanggan kerana pelanggan sediada adalah testimoni bergerak. Jika bisnes online dan produk anda bagus, pelanggan akan tolong pasarkan dan iklankan secara percuma dengan bercerita kepada rakan – rakan dan saudara mara.
Ok panjang dah. Nanti kalau ada point tambahan kami akan tambah dari semasa ke semasa. Jika rakan – rakan yang membaca, ada point yang nak tambah pun, boleh tulis di ruangan komen ya. Jika sedang mencari baju kebaya nyonya dewasa dan kanak – kanak serta kelengakapan kebaya seperti kain batik selisih, kain pareo, kerongsang berantai, dokoh kebaya dan payung kertas nyonya, boleh dapatkan di website kami ya. KLIK DISINI untuk melawat website kami.
Jika berminat untuk belajar tentang trade saham atau jika sudah trade tapi susah nak profit, boleh sertai sesi personal coaching yang kami anjurkan. KLIK SINI untuk maklumat lanjut tentang pakej personal coaching dan pendaftaran.