Kami ada kongsikan tentang Three Line Strike Candlestick Pattern di Facebook Page dan ramai yang berminat dengan candlestick pattern ini. Cuma, jarang boleh jumpa dengan candlestick pattern ini tetapi selalu boleh jumpa dengan bentuk yang sama pada chart tapi lebih kepada ciri – ciri Sharp Pullback Pattern. Jadi, untuk penulisan pada kali ini kami akan kongsikan tentang Three Line Strike Candlestick Pattern dan juga Sharp Pullback Pattern serta teknik trade untuk kedua – dua pattern ini. Semoga bermanfaat.
Posting di Facebook Page (alang – alang tu, jemput la like & follow FB Page ni ya) :
THREE LINE STRIKE CANDLESTICK PATTERN
Kami ada kongsikan tentang Candlestick Patterns dan pecahkan kepada 7 kumpulan candlestick pattern, termasuk Three Line Strike Candlestick Pattern ini, boleh KLIK SINI untuk baca tentang semua jenis pattern yang ada ya.
Untuk contoh diatas, boleh kita lihat chart dalam fasa menaik, terdapat 3 candle hijau solid berturut – turut (3 line) kemudian muncul candle merah sebatang marubozu menelan hampir ketiga – tiga candle hijau sebelumnya. Maka terbentuklah candlestick pattern Three Line Strike. Cuma untuk kesan yang lebih sempurna, candle merah sebatang itu perlu menelan sepenuhnya ketiga – tiga candle hijau solid sebelumnya. Untuk teknik trade candlestick pattern ini, gariskan satu garisan di low candle merah dan tunggu candle hijau melintas naik garisan tersebut seterusnya jadikan sebagai RBS. Seterusnya, aras target atau rintangan dan penentu halatuju adalah high candle merah sebatang marubozu itu. Jika berjaya melepasi high candle merah tersebut jadikan sebagai RBS dan secara teorinya, harga akan terus naik ke atas dengan momentum yang kuat. Aras target seterusnya adalah ketinggian candle merah marubozu bawa ke atas.
Contoh kedua seperti dibawah. Sampai aras target tapi bergelora juga gerakannya. Cuma gerakan dalam range candle merah. Agak jarang boleh jumpa candlestick pattern seperti ini, cuma kalau dapat jumpa, lebih jelas pengaruh dan potensi gerakannya.
Chart di bawah ini pula untuk contoh ketiga. Three Line Strike Candlestick Pattern seperti yang ditanda pada chart. Siapkan aras support dan resistance serta aras target. Kalau ikut teori buku, lepas muncul candle pattern akan sambung naik. Tapi, kalau ikutkan realiti sebenar, macam di bawah ini la. memang akan sambung naik. Tapi dia bersidai berehat dulu baru lepas tu macam mabuk ketum naiknya. Sampai aras target ke 4 dia sentuh. Cuma pattern di bawah ni bila bersidai lama dari pattern candlestick boleh juga kita anggap sebagai Sharp Pullback Pattern.
SHARP PULLBACK PATTERN
Kami ada kongsikan tentang Jenis – Jenis Pullback Pada Chart, boleh KLIK SINI untuk baca. Dibawah ini adalah salah satu jenis pullback iaitu Sharp Pullback Pattern. Mempunyai persamaan dengan Three Line Strike Candlestick Pattern iaitu dengan kemunculan satu candle merah marubozu sebatang lemang. Teknik trade juga sama dengan candlestick pattern. Cuma taburan candle sahaja yang berbeza. Sharp Pullback Pattern ini kita selalu jumpa pada chart. Kadang-kadang marubozu merah menelan lebih banyak candle hijau sebelum kembali meneruskan fasa menaik. Jadi, kalau ada jumpa lagi, lebih mudah untuk trade kerana sudah tahu teknik trade dan potensi halatuju.
Contoh 1 : Sharp Pullback Pattern
Contoh 2 : Sharp Pullback Pattern
Contoh 3 : Sharp Pullback Pattern
Contoh 4 : Sharp Pullback Pattern. Banyak juga kaunter yang seperti di bawah. Asal gerakan macam kaunter goreng. Naik sikit – sikit berbulan – bulan then sehari dilibas dengan sebatang marubozu merah menelan kesemua candle kecil menaik sebelum ini. Cuma, kalau perasan, ada banyak kaunter yang selepas itu, membuat kenaikkan yang sangat kuat. So, goreng pun goreng la. Asalkan profit lebat. Yang penting kena tahu dimanakah best entry area dan juga aras RBS penentu halatuju.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini memberikan manfaat kepada rakan – rakan trader yang membacanya. Jika ada masalah dalam trading, jemput sertai sesi personal coaching yang kami anjurkan. Sama – sama kita kenalpasti masalah dan perbaiki teknik trade untuk trade dengan lebih tenang dan menguntungkan. KLIK SINI untuk maklumat lanjut tentang sesi personal coaching yang kami anjurkan.