Biasa tak trade menggunakan indicator EMA200 dan mengapa tajuk entry kali ni EMA200 sebagai penanda aras? EMA adalah singkatan kepada Exponential Moving Average merupakan indicator purata pergerakan harga yang digunakan secara meluas. Ramai juga yang menggunakan EMA sebagai teknik trade untuk menentukan aras belian dan jualan sesuatu kaunter. Biasanya anda guna EMA berapa ya? Pernah guna EMA200 tak?
Kali ini kami kongsikan teknik trade dengan EMA200 dan diharap selepas ini dapat melihat lebih jelas arah tuju sesuatu kaunter. Penulisan ini berdasarkan pengalaman dan penggunakan kami seharian ya. Anda digalakkan untuk membuat bacaan tambahan berkenaan dengan teknik trade ini. Jika nak belajar dengan lebih mendalam, boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu Teknik Trade Dengan Moving Average.
EMA200 boleh digunakan untuk menentukan samada sesuatu kaunter itu dalam trend gerakan bullish atau bearish. Ini kerana EMA200 jika merujuk kepada chart daily adalah purata pergerakan harga saham selama 200 hari dagangan dan lebih kurang 1 tahun tahun. Jadi, jika harga atau candle berada di bawah EMA200 ini menandakan kaunter tersebut didalam kawalan bearish dan dalam trend menurun. Begitu juga sebaliknya, jika harga atau candle berada diatas EMA200 ini menunjukkan kaunter tersebut sedang bullish dan dalam trend menaik. Anda juga boleh swing sesuatu kaunter itu selagi harga berada diatas EMA200.
Rujuk contoh chart dibawah, line hitam adalah indicator EMA200. Dapat kita lihat trend gerakan kaunter apabila candle berada di atas dan juga di bawah EMA200. Untuk aras pantulan juga, EMA200 bertindak sebagai aras pantulan kuat. Apabila bocor EMA200, harga menjunam ke bawah dan chart dalam trend bearish.
Selain menjadi aras support dan pantulan kuat, indicator EMA200 juga adalah aras rintangan yang kuat. Kita boleh lihat contoh chart KLCI di bawah ini, banyak kali sentuh EMA200, reject dan turun kembali. Jadi, untuk chart semasa, selagi KLCI tidak dapat melepaskan diri dari EMA200, maka ada potensi untuk kembali junam ke bawah.
Begitu juga dengan contoh chart dibawah ini, dapat lihat dengan lebih jelas pengaruh gerakan trend bullish dan bearish indicator EMA200 serta EMA200 sebagai aras rintangan kuat.
Jemput tonton video di bawah ini yang bertajuk “Hebatnya Moving Average” untuk kegunaan indicator moving average dalam analisis teknikal chart :
Untuk teknik scan kaunter dan contoh backtest teknik trade dengan moving average, boleh tonton video di bawah ini :
Untuk bacaan tambahan tentang moving average, boleh KLIK SINI ya. Jemput juga tonton video yang kami sediakan khas buat rakan-rakan trader semua yang bertajuk “Stock Trading Technique : How To Trade and Profit Using EMA50 and EMA200”. Lebih jelas dan mudah difahami. Di harap dapat memberikan manfaat ya.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini memberikan manfaat kepada rakan – rakan trader yang membacanya. Jika ada masalah dalam trading, jemput sertai sesi personal coaching yang kami anjurkan. Sama – sama kita kenalpasti masalah dan perbaiki teknik trade untuk trade dengan lebih tenang dan menguntungkan. KLIK SINI untuk maklumat lanjut tentang sesi personal coaching yang kami anjurkan.