Untuk penulisan kali ini, kami kongsikan tentang jenis – jenis pedangan (trader) saham. Anda jenis pedangan yang mana satu? Teruskan membaca.
Pelaburan saham menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya semasa Covid19 melanda dunia. Walaupun ia berpotensi memberikan pulangan yang lumayan, ia juga datang dengan risiko yang tinggi. Setiap pedagang saham mempunyai gaya dan strategi tersendiri dalam menjalankan aktiviti perdagangan mereka. Artikel ini akan membincangkan beberapa jenis pedagang saham yang biasa ditemui di pasaran saham.
1. Pedagang Harian (Day Trader)
Pedagang harian adalah individu yang membeli dan menjual saham dalam tempoh satu hari perdagangan. Mereka tidak memegang sebarang posisi saham semalaman. Tujuan utama pedagang harian adalah untuk memanfaatkan pergerakan harga saham dalam jangka masa yang sangat pendek. Mereka biasanya menggunakan analisis teknikal dan alat-alat perdagangan seperti carta harga dan indikator untuk membuat keputusan perdagangan.
Ciri – Ciri Pedagang Harian
- Waktu Perdagangan: Sehari penuh.
- Frekuensi Perdagangan: Tinggi, sering kali melakukan banyak transaksi dalam satu hari.
- Analisis: Menggunakan analisis teknikal dan beberapa indikator chart untuk membuat keputusan cepat.
- Tujuan: Memanfaatkan kecairan harga saham dalam jangka pendek untuk mendapatkan keuntungan cepat.
Kelebihan
- Potensi keuntungan harian yang tinggi.
- Tidak terpengaruh oleh risiko overnight yang disebabkan oleh berita yang keluar setelah pasar tutup.
Kekurangan
- Memerlukan dedikasi waktu yang banyak. Perlu sentiasa menghadap chart.
- Risiko tinggi dan memerlukan disiplin yang ketat.
2. Pedagang Swing (Swing Trader)
Pedagang swing memegang posisi saham selama beberapa hari hingga beberapa minggu. Mereka cuba untuk memanfaatkan pergerakan harga saham dalam jangka masa sederhana. Pedagang swing menggabungkan analisis teknikal dan asas untuk menentukan waktu yang sesuai untuk membeli dan menjual saham. Pendekatan ini memerlukan kesabaran dan disiplin, kerana mereka perlu menunggu masa yang sesuai untuk memaksimakan keuntungan.
Ciri -Ciri Pedagang Swing
- Waktu Perdagangan: Beberapa hari hingga minggu.
- Frekuensi Perdagangan: Menengah, tidak sebanyak day trader.
- Analisis: Menggabungkan analisis teknikal dan fundamental untuk mengenalpasti lokasi masuk (entry) dan keluar (exit) yang tepat.
- Tujuan: Memanfaatkan perubahan harga dalam jangka pendek (short term) hingga menengah (medium term).
Kelebihan
- Tidak memerlukan pemantauan pasar sepanjang hari.
- Potensi untuk mengambil keuntungan dari kenaikkan trend jangka pendek (kenaikkan sementara).
Kekurangan
- Risiko overnight yang lebih tinggi dibanding day trading.
- Memerlukan pemahaman yang baik tentang analisis teknikal dan fundamental.
3. Pedagang Posisi (Position Trader)
Pedagang posisi mempunyai pandangan jangka panjang dan biasanya memegang saham selama beberapa bulan hingga beberapa tahun. Mereka lebih menumpukan kepada analisis asas untuk menentukan nilai intrinsik sesebuah saham. Pedagang posisi mencari syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan yang kukuh dan biasanya tidak terlalu terpengaruh dengan turun naik harga jangka pendek.
Ciri – Ciri Pedagang Posisi
- Waktu Perdagangan: Minggu hingga tahun selagi harga menaik dan trend tidak patah.
- Frekuensi Perdagangan: Rendah, melakukan transaksi lebih jarang.
- Analisis: Lebih fokus pada analisis fundamental dan tren pasar jangka panjang.
- Tujuan: Mengambil keuntungan dari pergerakan harga yang signifikan dalam jangka waktu yang lebih lama.
Kelebihan
- Dapat mengurangkan kos transaksi (transaction fee) kerana frekuensi perdagangan yang rendah.
- Dapat mengurangkan stress dari pemantauan pasaran (chart) yang berterusan. Hanya tetapkan dan adjust stop loss limit sahaja.
Kekurangan
- Risiko pasaran yang lebih lama.
- Memerlukan modal yang lebih besar untuk mememang (hold) saham dalam jangka waktu yang lama.
4. Pedagang Algoritma (Algorithmic Trader)
Pedagang algoritma menggunakan program komputer dan algoritma untuk menjalankan perdagangan automatik berdasarkan kriteria tertentu. Mereka mencipta strategi perdagangan yang kompleks dan menguji algoritma mereka menggunakan data sejarah (historical data). Pendekatan ini memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang pengaturcaraan dan analisis data. Pedagang algoritma biasanya bekerja dengan firma perdagangan besar atau syarikat pelaburan.
Ciri – Ciri Pedagang Algoritma
- Waktu Perdagangan: Bervariasi, bergantung pada algoritma.
- Frekuensi Perdagangan: Boleh jadi sangat tinggi bergantung kepada strategi.
- Analisis: Berdasarkan algoritma yang dapat menggabungkan analisis teknikal, fundamental, dan faktor – faktor lain.
- Tujuan: Mengoptimumkan proses perdagangan untuk mendapatkan keuntungan berdasarkan pola dan trend yang dikenali oleh algoritma.
Kelebihan
- Menghilangkan faktor emosi dalam perdagangan.
- Dapat memproses dan menganalisis data dalam jumlah besar dengan cepat.
Kekurangan
- Memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi untuk membuat dan memastikan ketepatan algoritma.
- Risiko kerugian besar jika algoritma tidak diatur dengan baik.
5. Pedagang Berita (News Trader)
Pedagang berita membuat keputusan perdagangan berdasarkan berita dan peristiwa yang berkaitan dengan pasaran saham. Mereka cuba untuk memanfaatkan reaksi pasaran terhadap pengumuman seperti laporan pendapatan, data ekonomi, dan peristiwa geopolitik. Pedagang berita perlu bertindak pantas dan mempunyai akses kepada maklumat yang tepat pada masanya untuk berjaya dalam strategi ini.
6. Pedagang Arbitrase (Arbitrage Trader)
Pedagang arbitrase mencari peluang untuk memanfaatkan perbezaan harga antara dua atau lebih pasaran. Mereka membeli saham pada harga yang rendah di satu pasaran dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi di pasaran lain, atau sebaliknya. Strategi ini memerlukan kelajuan dan ketepatan dalam melaksanakan perdagangan, serta akses kepada pelbagai pasaran saham.
7. Scalper
Scalper adalah trader yang mencari keuntungan kecil dari perubahan harga yang sangat singkat dan cepat, sering kali dalam beberapa saat dan minit sahaja.
Ciri – Ciri Scalper
- Waktu Perdagangan: Saat hingga minit.
- Frekuensi Perdagangan: Sangat tinggi, boleh jadi melakukan berpuluh atau mencecah ratusan transaksi dalam satu hari bergantung kepada kekuatan pasaran.
- Analisis: Sangat tergantung pada analisis teknikal, terutama pergerakan harga dan volume.
- Tujuan: Memanfaatkan pergerakan harga kecil untuk mendapatkan keuntungan yang cepat dan berulang.
Kelebihan
- Potensi keuntungan cepat dari banyak transaksi kecil.
- Tidak terpengaruh oleh risiko overnight.
Kekurangan
- Memerlukan dedikasi waktu yang sangat tinggi.
- Risiko kerugian besar jika tidak disiplin dan cepat dalam mengambil keputusan.
Kesimpulan
Setiap jenis pedagang saham mempunyai strategi dan pendekatan yang berbeza. Kejayaan dalam perdagangan saham bergantung kepada pemahaman tentang gaya perdagangan yang sesuai dengan keperibadian dan matlamat kewangan individu. Sama ada anda seorang pedagang harian yang agresif atau pedagang posisi yang konservatif, penting untuk mempunyai pengetahuan yang mendalam dan disiplin dalam menjalankan perdagangan saham. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan risiko dan memaksimakan pulangan pelaburan anda.