Berita tentang IPO DXN Holdings Bhd ini jika didalam rekod kami sejak dari tahun 2020 lagi sudah kedengaran. DXN Holding Bhd merupakan pengeluar produk makanan kesihatan dan juga jualan langsung. DXN mengendalikan rantaian bekalan bersepadu dengan penyelidikan dalaman, penanaman dan fungsi pembuatan di seluruh Malaysia, China, India, Indonesia dan Mexico, dan mempunyai lebih 300 unit penyimpanan stok produk pengguna berorientasikan kesihatan dan penjagaan kesihatan yang dikilangkan secara dalaman dan diedarkan melalui rangkaian jualan langsung atau cawangan jualannya.
Pada tahun 2020, cadangan untuk IPO untuk mendapatkan modal sebanyak USD$300 juta. KLIK SINI untuk baca berita penuh. Cuma pada tahun 2020 baru cadangan, belum ada tindakan lanjut.

Seterusnya pada May 2022, baru keluar news DXN Holdings Bhd akan mula menawarkan IPOnya dalam masa terdekat. Kemudian pada June 2022, DXN mengeluarkan prospectus IPOnya dengan tawaran sebanyak 1.41 billion saham. Untuk makluman, DXN pernah didagangkan di Bursa Malaysia satu masa dahulu sejak tahun 2003 akan tetapi pada tahun 2011 kaunter DXN telah dinyasenaraikan dari Bursa Malaysia berikutan pengambilalihan dan penswastaan oleh pengasasnya Datuk Dr Lim Siow Jin. KLIK SINI untuk baca berita penuh. Seterusnya pada bulan Oct 2022, DXN menundakan IPOnya ke tahun 2023.

Akhirnya pada 12 April 2023, termeterai penjanjian untuk penyenaraian DXN Holdings Bhd ke dagangan pasaran utama Bursa Malaysia dengan tawaran sebanyak 160 juta saham baru. KLIK SINI untuk baca berita penuh. Prospectus IPO DXN Holding Bhd dilancarkan pada 28 April 2023 dengan tawaran harga IPO sebanyak RM0.76 atau 76 sen per saham diterjemahkan kepada permodalan pasaran RM3.79 bilion selepas penyenaraian Pasaran Utama yang dijadualkan pada 19 Mei 2023. KLIK SINI untuk berita penuh. Seterusnya pada 11 May 2023, DXN menetapkan semula harga IPOnya kepada 70 sen per saham dan terlebih langgan (oversubscribed) sebanyak 3.2 kali.
Untuk price target kaunter DXN Holdings Bhd, Mercury Securites menetapkan aras price target sebanyak RM 0.95 / 95 sen. Selain daripada itu, belum ada broker house lain yang menetapkan fair value atau target price DXN. Jika ada nanti kami kongsikan disini. Atau jika rakan-rakan trader tahu tentang price target DXN oleh broker house boleh kongsikan di ruangan komen ya.

Pada hari pertama didagangkan di Bursa Malaysia iaitu pada 19 May 2023, DXN dibuka rendah dari harga IPO iaitu dibuka pada harga 69 sen dan ditutup pada harga 66.5 sen. Setelah lebih 1 bulan DXN disenaraikan di Bursa Malaysia, bagaimanakah gerakan harga dan juga harga ditutup semasa kaunter DXN? Chart di bawah adalah chart selepas pasaran ditutup pada Jumaat, 23 Jun 2023.

Merujuk pada chart diatas. Candle hari pertama didagangkan seperti yang ditandakan. Harga terendah, dibuka, ditutup dan tertinggi boleh dijadikan sebagai aras sokongan dan rintangan (SnR) untuk teknik trade kaunter IPO,

Chart di atas merupakan chart selepas pasaran ditutup pada Jumaat 23 Jun 2023. Dapat kita lihat harga telah breakout aras tertinggi hari pertama dagangan. Aras SnR sebelum ini boleh disalinkan ke atas. Secara teorinya, begitulah. Sekadar kajian dan pembelajaran.