+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

IPO Synergy House Bhd

Synergy House Bhd menandatangi perjanjian penyenaraian IPO di Pasaran ACE (ACE Market) Bursa Malaysia pada 17 April 2023. Synergy House Bhd merupakan pengeksport perabot perabot rumah sedia untuk dipasang, ready-to-assemble (RTA) dan perniagaan e-commerce rentas sempadan. Sempena penyenaraiannya, pelaksanaan IPO Synergy House akan merangkumi sejumlah 130.0 juta saham dengan nilai RM34.4 juta. KLIK SINI dan DISINI untuk berita penuh.

Sebanyak 25juta saham ditawarkan kepada orang awan pada harga tawaran 43 sen / RM0.43 sesaham. IPO Synergy House Bhd akan disenaraikan dan mula didagangkan pada 1 Jun 2023. IPO ini terlebih langgan sebanyak 14 kali. Synergy House menyasarkan untuk mengumpul RM34.4 juta daripada IPOnya untuk pembelian inventori dan forklift untuk pusat simpanan (fulfilment centre) e-dagangnya di Johor. Ia juga bertujuan untuk menggunakan hasil untuk membayar balik pinjaman, untuk pengiklanan dan promosi, modal kerja serta untuk perbelanjaan penyenaraian. KLIK SINI untuk berita penuh.

Pada 1 Jun 2023, IPO Synergy mula didagangkan di Bursa Malaysia. Tiada price target Synergy dari broker house. Jika ada nanti kami akan kongsi disini dan jika rakan-rakan ada info tentang target price Synergy oleh broker house, boleh kongsikan di ruangan komen ya. Pada hari pertama didagangkan. IPO Synergy dibuka 11% rendah dari harga tawaran IPO iaitu pada harga RM0.38 / 38 sen manakala harga tawaran IPO adalah RM0.43 / 43 sen. Seterusnya ditutup pada harga RM0.35 iaitu 18% rendah dari harga tawaran IPO. Dibawah ini adalah chart kaunter Snyergy setakat 13 Jun 2023. Menggunakan teknik trade candlestick untuk aras entry dan SnR. Jika berminat untuk pelajari tentang Teknik Trade Dengan Candlestick, boleh KLIK SINI untuk subscibe video pembelajaran dan pemantapan ilmu yang kami sediakan.

Update : Selepas hampir 1 bulan IPO Synergy House Bhd didagangkan, apakah gerakan harga pada chart Synergy? Berikut adalah chart selepas pasaran ditutup pada Jumaat 23 Jun 2023.

Dapat kita lihat pada chart diatas, aras harga tertinggi, harga dibuka dan harga terendah untuk candle hari pertama didagangkan boleh dijadikan sebagai aras Support dan Resistance, (SnR). Kemudian, salinkan garisan – garisan tadi ke atas untuk teknik trade kaunter IPO. So, dah boleh buat trading plan berdasarkan aras-aras SnR yg ada. Sekadar kajian dan pembelajaran.

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights