Chart yang mempunyai setup atau setup trading kebiasaannya akan membuat gerakan yang lebih kuat dan reward / profit yang lebih lumayan. Untuk perkongsian ini, kami kongsikan rangkuman perbincangan di group telegram FCPO Traders (klik sini untuk sertai) untuk gerakan setup trading Price Crossing EMA, EMA Tertib dan RSI Divergence. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan idea trade kepada rakan – rakan yang trading FCPO.
Berikut adalah setup trading untuk gerakan yang memberikan profit yang lumayan didalam trading FCPO :
Permulaan Setup Gerakan dimulakan dengan EMA Crossing dan seterusnya harga melintas ke atas short EMA (purple candle).

1) Sesi dagangan seterusnya open gap up (FCPO memang suka gap up & gap down semasa opening) dan RSI membuat candle high. Jadi secara teorinya, jika berjaya BO box kuning, harga akan sambung membuat Gerakan bullish menaik.

2) Sambungan Gerakan selepas BO box kuning. Kekuatan ketara dengan setup EMA TERTIB. Pelajari tentang EMA Tertib : https://youtu.be/eoku7YLCaus

3) Rujuk TF30 untuk aras R/TP. Buat masa ini, sudahpun memasuki zone TP. Tetapi belum ada SELL signal.

4) Seterusnya, rujuk lagi chart TF30. Sudah tercapai semua TP. Tetapi masih belum ada SELL signal.

5) Chart TF5. Tandakan zone – zone rujukan. Kotak biru adalah rejection zone. Kotak merah adalah support zone. Masih belum ada SELL Signal cuma sudah menunjukkan kelemahan dengan pembentukan setup bearish divergence. Pelajari tentang setup divergence : https://youtu.be/_3KHjnu7Lpo

6) Gerakan seterusnya, Harga naik menguji rejection zone. Setup bearish divergence semakin kuat. Kemudian, munculnya candle crossing down short EMA (black candle). Maka, SELL signal sudahpun muncul dan kenaikkan bakal membuat pullback mencari aras support di zone kuning dan merah.

7) Harga mula turun membuat pullback.

8) Kesudahan gerakan chart TF5 mnt untuk sesi dagangan 7 Feb 2025. Salam 140 ticks. Selamat berdagang.

Jemput sertai kelas Analisis Teknikal Trading FCPO dan sertai group Telegram komuniti Trader FCPO untuk perbincangan, pembelajaran dan analisis teknikal chart secara berterusan : https://www.tekniktrade.com/kelas-belajar-trading-fcpo/
