Dalam dunia trading, masa adalah segalanya. Kadang-kadang, harga bergerak terlalu pantas, dan jika anda tidak sentiasa berada di depan carta, anda mungkin terlepas peluang entry terbaik atau terlepas keluar sebelum pasaran berbalik arah. Inilah sebabnya trading alert menjadi alat yang sangat penting untuk setiap trader, sama ada anda seorang scalper, swing trader, atau investor jangka panjang.
Dalam artikel ini, kita akan lihat kelebihan utama menggunakan alert dalam trading dan bagaimana ia boleh membantu anda meningkatkan prestasi serta mengawal risiko dengan lebih baik.
Apa Itu Trading Alert?
Trading alert ialah notifikasi automatik yang dihantar kepada anda apabila harga aset mencapai tahap tertentu. Anda boleh menetapkan alert berdasarkan harga, indikator teknikal, volume, atau corak tertentu dalam pasaran.
Trading alert biasanya boleh dihantar melalui:
a) E-mel
b) Pemberitahuan (push notification) ke telefon atau desktop
c) SMS (untuk platform tertentu seperti TradingView Pro)
Kelebihan Menggunakan Trading Alert
1. Tidak Perlu Pantau Carta Sepanjang Masa
Masalah: Jika anda perlu duduk depan skrin sepanjang hari, ia boleh jadi meletihkan dan tidak produktif.
Penyelesaiaan: Dengan alert, anda hanya akan mendapat notifikasi apabila harga mencapai paras yang anda tetapkan, membolehkan anda fokus pada aktiviti lain.
Contoh penggunaan:
- Anda menetapkan alert pada resistance untuk membuat keputusan sama ada mahu entry sell atau breakout buy. (untuk trade 2 hala, jika saham monitor untuk breakout buy)
2. Mengurangkan Risiko FOMO & Overtrading
Masalah: Ramai trader mengalami Fear of Missing Out (FOMO) dan masuk market tanpa analisis yang jelas.
Penyelesaian: Dengan alert, anda hanya masuk trade apabila syarat-syarat strategi anda dipenuhi, bukan kerana emosi atau berita sensasi.
Contoh penggunaan:
- Anda menetapkan alert pada retracement Fibonacci 61.8% untuk menunggu entry pullback yang lebih baik.
3. Kawalan Risiko yang Lebih Baik
Masalah: Terlalu ramai trader terlupa untuk keluar dari pasaran apabila harga bergerak melawan posisi mereka.
Penyelesaian: Dengan alert, anda boleh mendapat peringatan awal supaya boleh membuat keputusan cut loss atau trailing stop lebih awal.
Contoh penggunaan:
- Set alert jika harga jatuh di bawah support utama untuk menilai semula trade anda.
4. Meningkatkan Disiplin dalam Trading
Masalah: Trader yang tidak mempunyai sistem cenderung untuk membuat keputusan secara impulsif.
Penyelesaiaan: Alert membantu anda mengikut trading plan dengan lebih baik kerana anda hanya bertindak apabila syarat yang telah ditetapkan berlaku.
Contoh penggunaan:
- Anda menetapkan alert RSI di bawah 30 untuk hanya masuk buy ketika pasaran oversold.
5. Membantu Trading Multi-Timeframe (MTF)
Masalah: Jika anda menggunakan multi-timeframe analysis, sukar untuk memantau semua carta pada masa yang sama.
Penyelesaiaan: Alert boleh membantu anda menunggu konfirmasi dari timeframe yang lebih besar sebelum masuk trade.
Contoh penggunaan:
- Anda menetapkan alert pada timeframe H4 untuk menunggu rejection pada zon support sebelum membuat entry pada timeframe lebih kecil seperti M15.
Bagaimana Cara Menggunakan Alert dalam Trading?
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menetapkan alert dalam platform popular seperti TradingView:
- Buka carta aset yang anda ingin tetapkan alert.
- Klik kanan pada paras harga yang anda mahu, kemudian pilih “Add Alert”.
- Pilih syarat alert (contoh: jika harga naik ke paras resistance, RSI jatuh di bawah 30, dsb.).
- Tetapkan jangka masa alert (sama ada sekali sahaja atau berulang).
- Pilih kaedah notifikasi seperti e-mel, push notification, atau SMS.
Kami ada sediakan perkongsian video tentang Bagaimana Untuk Set Alert di Tradingview beserta contoh teknik trading selepas alert trigger. Jemput tonton. Semoga bermanfaat. Jangan lupa LIKE, SHARE & SUBSCRIBE untuk lebih banyak content trading yang mantap dan menarik.

Kesimpulan
Trading alert adalah salah satu alat paling berkuasa untuk meningkatkan prestasi dan disiplin dalam trading. Dengan menggunakan alert, anda boleh menjimatkan masa, mengawal risiko, dan mengelakkan kesilapan akibat emosi.
Tip penting: Sentiasa tetapkan alert berdasarkan strategi teknikal yang jelas dan bukan sekadar spekulasi!