Bagaimana Moving Average (EMA) boleh guide untuk profit selalu dalam trading? Macam menarik tajuk ini. Banner pun bertajuk “EMA Akan Guide Awak Untuk Profit Dalam Trading”. Ya memang sungguh pun abang – abang, kakak – kakak & adik – adik trader sekali. Memang sepanjang pengalaman hampir 10 tahun bergelumang dalam dunia trading, salah satu teknik trade yang paling mudah untuk mencari signal entry dan profit konsisten adalah dengan menggunakan indicator moving average. Paling penting kena faham rules yang digunakan dan perlu berdisiplin untuk hormati rules penggunaan teknik trade dengan moving average. Dalam website ini, rasanya dah banyak juga artikel yang kami kongsikan tentang Moving Average. Boleh KLIK SINI untuk semua artikel berkaitan.
TEKNIK TRADE DENGAN PAIR EMA
Untuk perkongsian pada kali ini, kami akan kongsikan tentang Teknik Trade dengan Pair EMA. Kami gunakan exponential moving average (EMA) untuk teknik ini. Kita perlukan dua moving average iaitu short moving average dan long moving average. Short EMA kita kenali sebagai EMA Peneraju manakala Long EMA sebagai EMA Pembimbing. Teknik ini tergunapakai untuk semua platform trading. Kalau guna untuk trade dua hala seperti FCPO lebih mantap la hasilnya.
TEORI PAIR EMA
Teori asas untuk Pair EMA adalah seperti di bawah. Hanya ikut teori dibawah pun dah boleh profit dengan miudah. Cari kaunter candle yang berada diatas Long EMA kemudian untuk entry terbaik cari entry apabila candle crossing up atau rebounce short EMA.
Cuma untuk lebih mantap, cari kaunter uptrend yang ada EMA slope. Apa itu EMA Slope? Kami ada post tentang EMA Slope – Sudut Gerakan EMA di Tiktok, boleh KLIK SINI untuk tonton video. Contoh chart adalah seperti di bawah:
Kami ada sediakan video penerangan tentang idea trade dengan Pair EMA ini di Youtube berdurasi 22 minit 31 saat. Jemput la tonton. Semoga bermanfaat. Alang – alang tu, jangan lupa untuk klik LIKE video dan SUBSCRIBE Youtube Channel kami ya. Terima kasih.