Terdapat banyak teknik trade saham yang boleh didapati di internet atau bila menyertai kelas-kelas saham di luar sana. Untuk berjaya didalam dunia saham, anda perlu memahirkan diri dengan teknik-teknik trade saham supaya anda tidak mengalami kerugian akibat tersalah membeli kaunter saham. Kebanyakkan pelabur / trader yang mengalami kerugian kerana kesilapan membeli sesuatu kaunter tatkala kenaikan harga sudah hampir berakhir dan kebiasaannya dipanggil pembelian di puncak atau tersangkut di puncak. Paling menyedihkan apabila membeli kaunter yang sedang dalam fasa downtrend / menurun. Jika tersalah beli, harga akan semakin menurun dan sukar untuk kembali ke harga belian anda. Makin lama menunggu dan berharap semakin banyak kerugian yang dialami. Oleh yang demikian, asas untuk berdagang saham, anda perlu memahirkan diri dengan trendline. Pastikan trade atau beli kaunter yang sedang buat gerakan uptrend sahaja untuk lebih selamat dan tenang. Kami ada publish beberapa nota belajar teknik trade saham termasuk teknik trade dengan trendline sebelum ini, boleh KLIK SINI untuk download ya. Didalam entry kali ini, kami akan kongsikan beberapa teknik trade saham yang mudah difahami dan sangat berkesan untuk memberikan keuntungan dan mengelakkan kerugian kepada anda.
Berminat untuk belajar tentang Analisis Teknikal Chart?
Pertama kami akan terangkan tentang teknik trade box pattern, flag dan pennant (triangle). Rujuk kepada rajah di bawah, pasti anda selalu jumpa pattern macam ni kan? Tiga pattern ni memang selalu akan terbentuk didalam kebanyakkan chart. Mahirkan diri dan buat banyak kajian. Pasti selepas ini, mudah untuk anda mencari entry yang menguntungkan.
Kami kongsikan beberapa image berkaitan dengan teknik trade flag dan pattern. Mudah kan teknik ni?
Kedua, teknik trade menggunakan channel line. Rujuk image di bawah:
Update gerakan seterusnya untuk contoh channel di atas adalah seperti di bawah:
Untuk menggaris channel line, ambil dua point tertinggi di atas dan dua point menaik di bawah. Anda boleh juga meletakkan garisan tengah channel jika channel besar seperti contoh diatas. Anda boleh buat entry belian apabila harga atau candle rebounce di middle channel atau lower channel dan boleh sell atau closed position apabila candle atau price menyentuh garisan upper channel. Teknik trade dengan channel line ini sesuai untuk short term dan mid term trade. Juga pastikan kaunter didalam gerakan uptrend.
Berminat untuk belajar Teknik Trade Saham dan Analisis Teknikal Chart secara one to one (Personal Coaching)?
Teknik yang ketiga adalah teknik untuk mengelakkan kerugian atau tersilap membuat belian di puncak. Anda boleh tengok pada image di bawah dan boleh cuba fahamkan ya.
Untuk belajar lebih banyak teknik trade saham yang mudah dan berkesan, jemput join Kelas Setup Ketenangan yang kami anjurkan ya. KLIK SINI atau klik image di bawah untuk keterangan lanjut, testimoni peserta dan pendaftaran. Pembelajaran dan bimbingan berterusan. Group support dua hala tanpa expired date tertentu. Banyak pengisian didalam group support dari semasa ke semasa seperti kelas revision, kelas kajian dan perbincangan analisis chart serta sesi live trade untuk pemantapan teknik trade.