Contoh analisis dan kajian kaunter D&O. Analisis dan kajian pada 7 September 2020. Apa yang menariknya, Return of Investment (ROI) sejak analisis dan kajian kaunter D&O ini adalah sebanyak lebih dari 500%. Penulisan dan perkongsian ini ada sekadar kajian dan pembelajaran semata-mata (disclaimer dan harap maklum). Entry terbaik pun dah terlalu jauh dari harga semasa. Perkongsian ini untuk menunjukkan bagaimana jika membuat pemilihan kaunter yang betul dan membuat pelaburan (beli) kaunter uptrend, pasti akan dapat reward / return of investment (ROI) yang sangat berbaloi. Cuma kena rajin kaji dan analisis chart. Selain itu, kena rajin baca news dan catalist. Baca juga QR report untuk prospek dan potensi jangka panjang syarikat (kaunter).
Contoh Analisis dan Kajian Kaunter IPO
Analisis dan review kaunter saham D&O Green Technologies Berhad (D&O : 7204) untuk tujuan kajian dan pembelajaran. Perkataan D&O bermaksud Dominant & Opto. Apa itu Opto? Opto merupakan sejenis semiconductor dan untuk penerangan lebih lanjut, boleh baca di bawah ni :
“Opto-semiconductors are semiconductors that work by absorption and emission of light. The p-n junctions are the important part of these devices. Photodiodes, LEDs, solar cells, and semiconductor lasers are all categorized as opto-electronic devices. In opto-semiconductor devices there is interaction of light, in addition to the electron-hole interaction of semiconductors. ” (Sumber : Google).
Mari mengenal kaunter saham D&O ini dengan membaca profil syarikat seperti yang dipetik dari laman web rasminya:
Berikut pula maklumat kewangan D&O. Kuat atau tidak? Mempunyai masa depan yang cerah or malap?
Overall secara teorinya nampak ok untuk maklumat kewangan D&O. Ada dividen, EPS positif.
Profit dan revenue nampak kukuh. Cerah masa depan D&O (secara teori kesimpulannya).
Cawangan baru di Taiwan. Menarik.
Nampak kukuh kewangan dan cerah masa depan syarikat / kaunter saham D&O Green Technologies Berhad. Bagaimana pula dari segi analisis teknikal? Berikut kami kongsikan chart dan ulasan tentang peluang dan potensi D&O.
D&O telah melengkapkan pattern cup dimana neckline adalah di aras 1.00. Aras 1.00 juga merupakan aras all time high sebelum ini. D&O telah memecahkan aras 1.00 dan ditutup pada aras 1.10 untuk aras all time high yang baru. Jika D&O punya kekuatan untuk terus naik, ia akan membentuk chart pattern ascending scallop dan jika naik beberapa ketika dan membuat penurunan ke aras 90 sen, D&O akan membentuk pattern cup & handle. Aras target untuk kedua-dua pattern ini adalah di 1.68. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. Aras support terkuat buat masa ini adalah di 1.00.
Chart mingguan juga jika dilihat pada indicator Ichimoku Cloud dan volume dapat kita lihat secara teknikalnya kaunter ini sedang dalam fasa bullish yang kuat. Jadi, ada potensi untuk membuat kenaikkan membuat aras all time high yang baru.
Tamat analisis dan kajian kaunter D&O yang bertarikh 7 September 2020. Apa yang terjadi pada gerakan chart selepas itu? Dibawah ini kami kongsikan chart daily dan weekly. Sila rujuk pada anak panah bertarikh 7 September 2020.
Daily chart semasa D&O iaitu selepas pasaran ditutup pada 7 Julai 2023. Pattern rounding bottom pada chart daily untuk kajian 7 September 2020 terus jadi kecil dan dapat kita lihat harga tak bocor neckline dan aras target chart pattern iaitu di 1.68 turut tercapai. Seterusnya hari naik ke atas tertinggi 6.15 pada 23 September 2021. Jadi, dalam masa 1 tahun, return of investment, ROI adalah sebanyak 500%. Kalau beli 50 lot pada harga RM1.10 bermodalkan RM5500 katakan, keuntungan dalam masa 1 tahun menjadi RM25000. Itu baru beli 50 lot, kalau beli 200 lot, 500 lot, 1000 lot, kira la sendiri.. gaya geng MLM pula dah.. 🙂
Weekly chart semasa D&O selepas pasaran ditutup pada 7 Julai 2023. Indicator Ichimoku memang sangat menarik untuk digunakan sebagai indicator melihat kekuatan trend. Berminat nak belajar tentang Teknik Trade Dengan Indicator Ichimoku Cloud? Boleh KLIK SINI ya.
Kesimpulan daripada contoh analisis dan kajian kaunter D&O ini adalah jika kita boleh pilih kaunter yang mempunyai prospek masa depan yang menarik, sectorial yang berpotensi (D&O adalah sektor semiconductor dan auto part) serta chart yang uptrend, lebih mudah untuk profit dan mendapat return of investment, ROI yang lumayan.
Jemput serta Kelas Setup Ketenangan untuk pembelajaran tentang kajian analisis teknikal chart dan teknik – teknik trade yang mudah dan berkesan untuk menjana keuntungan dalam dunia trading saham. Group support telegram dua hala tanpa expired date tertentu. Jadi pembelajaran, perbincangan, pemantapan ilmu dan sokongan yang berterusan. KLIK IMAGE di bawah untuk maklumat lanjut.