+60126907705
trader@tekniktrade.com
MK, Desa Putra, Selangor

Teknik Trade Dengan Candlestick

Kali ni kita buat kajian tentang candlestick sebab sebagai seorang trader, sangat penting untuk memahami setiap mesej yang ingin disampaikan oleh bentuk-bentuk candlestick. Kalau nak berjaya dalam bersaham, kena banyak belajar dan memahami. Kalau asyik tikam & bergantung pada nasib, memang susah nak kekal lama. Memang kita sedia tahu saham ni adalah “Game of Probability”, so, mesti tau bagaimana nak menang selalu

Tahukah anda untuk sebatang candlestick especially candle yang besar saiznya, tersembunyi aras sokongan dan rintangan? Candle yang bersaiz besar mewakili kekuatan yang diwakilinya. Jika candle hijau, ia mewakili kekuatan bullish, jadi candle-candle seterusnya perlu mempertahankan status bullish candle hijau besar itu. Begitu juga dengan candle besar merah, ianya mewakili kekuatan bearish. Candle seterusnya akan sambung junam ke bawah. 

Mengapa awal pagi pukul 9 masa market buka tak digalakkan untuk membeli sesuatu kaunter especially kaunter yang open high ataupun gap up? Kenapa kaunter tu gap up? biasanya sebab ada news ataupun ada announcement yang bagus. Maka, open je melompat. Tapi, adakah akan terus sambung naik? Berikut adalah aras support yang boleh kita jumpa pada sebatang candle dan pembentukan candle seterusnya jika aras support tidak berjaya dipertahankan: 

Kita ambil contoh kaunter di bawah. Lebih jelas boleh nampak. Mula-mula kita lihat time frame 30 minit. 

Jelas nampak di awal pagi harga melompat = gap up. Lihat aras yang perlu dipertahankan dan lihat bagaimana candle berlegar-legar diaras yang bergaris.

Di atas ini adalah chart daily. Apabila aras support terkuat gagal dipertahankan. Maka, akan berlakunya terjunam kejam ke bawah.

Kita lihat satu lagi contoh, dimana setiap aras pada sebatang candle memainkan peranan sebagai aras support dan resistance didalam menentukan halatuju perjalanan dimasa hadapan. 

Penuh dengan aras support. Kita tengok apa jadi lepas tu.

Gagal memecahkan resistance. Bermula dengan kebocoran support pertama, episod kejatuhan sangat tragis. Arwah baik kaunternya. Sesiapa yang beli di candle hijau terakhir dan bila bocor support pertama dan kedua tak cut loss, maka beliau sedang merenung putaran kipas siling di bilik rumahnya. Sambil berharap dan menanti harga akan kembali ke harga beli. Sebab tu cut loss itu penting dan sangat penting untuk memahami aras support dan resistance.

Contoh terakhir untuk episod kajian candlestik pada kali ini. Jumpa lagi di episod akan datang. Kita bongkarkan misteri disebalik candlestik.

Semoga makin jelas nampak hasil kajian kali ini.

Semoga dapat belajar sesuatu daripada perkongsian ini dan memberikan manfaat kepada rakan-rakan trader semua. Jemput share pada rakan-rakan trader yang lain ya. Jika berminat untuk belajar lebih mendalam tentang Teknik Trade Dengan Candlestick dan Candlestick Pattern, boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

1 comment on “Teknik Trade Dengan Candlestick

  1. Pingback: Fahami Tentang Aras Sokongan, Aras Rintangan, Trading Plan dan Aras Sambutan - Teknik Trade : Ichivergence Hunter

Leave a Reply


Verified by MonsterInsights