BB ataupun singkatan kepada Bollinger Band merupakan indicator yang digunakan secara meluas didalam membuat analisis teknikal chart. Memang mudah untuk melihat gerakan candle di chart dan juga turun naik pasaran (market volatility) dengan menggunakan Bollinger Band. Secara amnya, harga bergerak didalam band. Jadi, mudah untuk kita lihat kedudukan harga samada berada di tapak (support / aras sokongan) atau di puncak (resistance / aras rintangan). Hampir 90% candle berada didalam band cuma kadang – kadang terkeluar dari band. Samada terkeluar di bawah ataupun diatas. Untuk candle yang terkeluar, secara teorinya akan masuk semula atau menyentuh semula band. Jadi, jika terkeluar di atas, maka harga / candle akan turun kembali ke bollinger band. Begitu juga apabila terkeluar ke bawah, maka harga / candle akan naik semula ke bollinger band. Dengan situasi ini, mudah untuk kita keluar (exit) dari pegangan semasa atau mencari peluang entry.
Terdapat 3 strategi trade untuk Bollinger Band iaitu Breakout, Pullback dan Reversal. Dengan 3 strategi ini, mudah untuk kita mencari entry terbaik didalam menjana keuntungan. So, tajuk artikel pada kali ini pun “Izinkan Abg BB Guide Trade dan Profit Selalu”, Sebagai abg yang membimbing, just follow je bimbingannya, jangan melawan :-). Pasti akan lebih mudah untuk membuat analisis teknikal chart, mencari entry dan exit terbaik serta profit selalu dalam trading.

Merujuk kepada image diatas, nampak mudah kan? Cuma, seperti biasa, sebagai seorang trader, kita perlu cari kaunter yang trending. Elakkan gerakan sideway. Lebih mudah untuk profit untuk gerakan yang trending. Kami ada publish video penerangan tentang Bollinger Band dan strategy penggunaannya. Boleh tonton video dibawah ini ya. Semoga bermanfaat.
Selain itu, adanya banyak kegunaan Bollinger Band ini jika dikaji penggunaan dengan lebih mendalam. Jika berminat untuk belajar tentang penggunaan Bollinger Band yang lebih advanced serta penggunaan custom indicator multiple layer Bollinger Band serta signal trade, boleh juga klik image dibawah untuk maklumat lanjut :
