Pernah dengar tak pasal VWAP? Ataupun masa buka CDS apps atau platform pernah perasan tak tentang VWAP? Apa itu VWAP? Ianya merupakan singkatan kepada Volume Weighted Average Price. Kalau guna google translate maksudnya Harga Purata Berat Kelantangan. Pelik maksud dia. Tapi, lebih kurang harga purata diambilkira volume sebagai pemberat. Kalau dalam Bursa Station, formulanya mcm ni:
N=Number of bars/interval used to calculate the study
Tak faham jugak. Tengok web investopedia je la lebih jelas cara kira:
Contoh di CDS HLE, harga VIVOCOM 0.795, VWAP 0.8214. CDS UOB harga SPRING 0.370, VWAP 0.3609. Kenapa Vivocom jatuh dan Spring naik? VWAP boleh dijadikan sebagai intraday support dan resistance. Jadi, dapat kita lihat, Vivocom bocor support VWAP manakala Spring pecah resistance VWAP. Jadi untuk Vivocom kembali naik, ia perlu kembali memecahkan aras VWAP pada trading day seterusnya dan jadikan aras VWAP sebagai intraday support. Begitu juga dengan SPRING. Buat masa ini support adalah di 0.360. Jadi, selagi berada diatas 0.360, akan meneruskan kenaikkan. Sebab tu kalau perasan, selalunya asal tekan buy je harga turun. Sebab apa? salah satu sebabnya adalah masa kita tekan buy tu, harga semasa berada di bawah harga purata VWAP. Kalau tak percaya, cuba lepas ni guna VWAP. Untuk makluman sebelum terlupa, VWAP ni valid untuk sehari je. Next trading day, VWAP akan berubah. Sebab tu sesuai untuk Fifo & Intraday je.
Kalau dekat Bursa Station pun ada indicator VWAP. Sy tunjuk contoh chart Vivocom, Spring & SYF. Guna BS boleh la nampak line untuk VWAP. Kalau takde BS, boleh je dari semasa ke semasa tgk VWAP dekat CDS apps.
Contoh guna VWAP (line biru) untuk chart TF5mnt Vivocom
Contoh guna VWAP (line biru) untuk chart TF5mnt Spring
Contoh guna VWAP (line biru) untuk chart TF5mnt SYF
Menarik jugak guna VWAP kan? Banyak sebenarnya teknik untuk trade saham ni. Cuma, kalau rasa berminat, boleh la berlatih dan mahirkan diri dengan menggukan VWAP. Tak perlu teknik-teknik yang susah-susah, guna teknik mudah pun dah boleh profit dalam bersaham. Jangan dicomplicatedkan hidup dalam mencari rezeki.
Untuk kira harga Private Placement pun guna VWAP. Sebelum ni baca je tapi buat-buat tak faham. So, sekarang semoga dah faham. Semoga perkongsian ini bermanfaat ya.