Jika anda masih konsisten rugi, keliru membaca chart, sering masuk (entry) trade tanpa keyakinan dan akhirnya menutup (close) posisi dengan emosi, masalahnya bukan market — masalahnya adalah cara dan teknik anda trade. Ramai trader terperangkap dalam kitaran yang sama: belajar sendiri, lompat dari satu teknik ke teknik lain, tukar indikator setiap minggu, ikut signal tanpa faham, dan berharap satu hari nanti semuanya akan “menjadi”. Hakikatnya, tanpa bimbingan yang betul, trading bukan sahaja memenatkan, malah boleh menghabiskan modal dan keyakinan diri.

Personal Coaching Teknik Trade 1-1 diwujudkan khusus untuk trader yang serius mahu berubah, bukan sekadar mahu cuba-cuba. Ini bukan kelas umum, bukan webinar rakaman, dan bukan teori kosong. Ini adalah bimbingan secara terus, fokus dan customized, di mana disepanjang sesi ditujukan untuk menyelesaikan masalah sebenar yang anda hadapi di hadapan chart. Anda tidak belajar apa yang “menarik”, tetapi apa yang perlu untuk menjadi trader yang lebih konsisten.
Dalam coaching ini, anda akan belajar analisis teknikal chart yang sebenar, bukan sekadar melukis di chart dan merujuk indikator seterusnya berharap harga bergerak seperti yang diinginkan. Anda akan diajar bagaimana membaca pergerakan harga secara objektif, memahami struktur pasaran, mengenal pasti kawasan entry berisiko rendah, serta tahu bila TIDAK PERLU trade — satu kemahiran yang ramai trader gagal kuasai. Trading bukan tentang kerap masuk market, tetapi tentang masuk dengan sebab dan setup yang betul.
Jika selama ini anda sering:
- Masuk posisi terlalu awal
- Cut loss terlalu cepat kerana takut
- Biarkan loss membesar kerana berharap harga berpatah balik
- Overtrade kerana tidak sabar
- Atau rasa “confident” hanya selepas market bergerak tanpa anda
itu semua tanda anda tidak ada sistem yang jelas dan disiplin yang kukuh. Dalam personal coaching, semua kelemahan ini akan dikenal pasti dan diperbetulkan secara langsung menggunakan chart dan trade anda sendiri. Tiada ayat umum. Tiada teori meleret. Terus kepada punca masalah.
Personal coaching ini dikendalikan oleh Coach Certified Chartist dengan lebih 10 tahun pengalaman, yang telah melalui sendiri fasa rugi, keliru, salah teknik dan tekanan emosi dalam trading. Anda tidak diajar dari buku semata-mata, tetapi dari pengalaman sebenar pasaran. Setiap teknik yang diajar mempunyai sebab, konteks dan aplikasi yang jelas, supaya anda faham KENAPA sesuatu setup itu valid, bukan sekadar ikut-ikut.
Matlamat utama coaching ini sangat jelas:
👉 Minimumkan loss terlebih dahulu
👉 Kemudian barulah fokus kepada maksimumkan profit secara konsisten
Kebanyakan trader obses dengan profit, tetapi mengabaikan pengurusan risiko. Akibatnya, satu trade boleh memadam keuntungan beberapa minggu. Dalam coaching ini, anda akan dilatih untuk berfikir seperti trader profesional — melindungi modal sebagai keutamaan utama, mengawal emosi, dan menerima loss sebagai sebahagian daripada probability trading. Anda akan belajar bagaimana satu sistem yang betul tidak perlu win rate tinggi untuk tetap menguntungkan.
Personal Coaching Teknik Trade adalah pelaburan kepada diri sendiri dan kemahiran jangka panjang. Ilmu dan pengalaman yang diperoleh bukan sahaja boleh digunakan dalam satu market, tetapi boleh diaplikasikan merentasi pelbagai instrumen seperti FCPO, saham, forex atau indeks. Apabila anda benar-benar memahami cara pasaran bergerak dan bagaimana membaca chart dengan betul, anda tidak lagi bergantung kepada orang lain, signal atau nasib semata-mata. Anda menjadi trader yang berdikari, berdisiplin dan berfikir secara profesional.
Jika anda berharap untuk:
- Konsisten profit tanpa memahami chart
- Trade dengan emosi dan berharap “market baik”
- Atau mahu hasil luar biasa tanpa usaha dan disiplin
maka personal coaching ini BUKAN untuk anda.
Tetapi jika anda benar-benar mahu:
✔ Faham analisis teknikal chart dengan jelas
✔ Ada sistem trading yang boleh diulang
✔ Trade dengan lebih tenang dan yakin
✔ Kurangkan kesilapan yang sama berulang kali
✔ Berhenti bergantung kepada signal dan nasib
maka Personal Coaching Teknik Trade 1-1 adalah jalan paling cepat dan paling selamat untuk memperbaiki trading anda.
Berapa lama lagi anda mahu ulang kesilapan yang sama?
Berapa banyak lagi modal sanggup dikorbankan sebelum sedar bahawa belajar sendiri tanpa mentor yang betul hanya melambatkan proses?
Market akan sentiasa ada. Peluang akan sentiasa wujud.
Persoalannya — adakah anda masih mahu jadi trader yang sama, atau trader yang lebih berdisiplin dan konsisten?
Keputusan ada di tangan anda. Kami anjurkan personal coaching untuk Trading FCPO dan personal coaching untuk Trading Saham (Saham Malaysia / Saham US). Boleh klik image di bawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran :















