Perkara asas dan paling penting yang perlu dibuat dalam trading adalah membuat analisis teknikal chart. Dengan membuat analisis teknikal chart, anda boleh tentukan potensi halatuju gerakan chart, aras-aras sokongan dan rintangan kuat, trading range atau trading zon dan merancang trading anda iaitu dimana lokasi entry, adakah boleh hold position dan dimanakah perlu exit. Cari lokasi entry yang low risk dan high reward untuk minimumkan kerugian dan maksimumkan keuntungan.
Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu dan mahirkan diri didalam membuat analisis teknikal chart. Perkara paling asas dalam membuat analisis teknikal chart adalah menggaris trendline dan juga menggaris aras sokongan dan rintangan. Seterusya perlu pelajari dan fahami tentang chart pattern dan candlestick pattern. Perlu difahami bahawa chart bergerak zigzag dan membentuk gerakan higher high (HH) + higher low (HL) untuk gerakan menaik dan juga gerakan lower high (LH) + lower low (LL) untuk gerakan menurun. Selain itu, pelajari beberapa teknik penggunaan indicator chart sebagai alat bantuan dan sokongan didalam membuat analisis teknikal chart.

Langkah-langkah untuk entry, hold dan exit position adalah seperti di bawah ini:

Untuk memudahkan penerangan dan pemahaman tentang topik bagaimana untuk membuat analisis teknikal chart ini, kami ada sediakan dua video youtube. Jemput tonton dan semoga bermanfaat. Sekadar perkongsian info dan pembelajaran. Sambil-sambil tu, jemput like video dan subscribe youtube channel sebagai tanda sokongan.

















