Ramai yang berminat dengan trading FCPO, jadi persoalan pertama “apa yang perlu tahu tentang trading FCPO”?. Trading FCPO menjadi pilihan kerana ianya merupakan trading dua hala dan patuh syariah. Maksud trading dua hala adalah harga menaik boleh buat untung, harga menurun pun boleh buat untung. Cuma, trading FCPO di bawah kategori high risk dan high reward. Jadi, boleh untung banyak dalam masa yang sama boleh rugi banyak juga jika tersalah arah entry. Sebab itu, sebelum trading FCPO, perlu mantapkan ilmu trading dan cuba trade guna paper trading terlebih dahulu.
FCPO adalah singkatan kepada Futures Crude Palm Oil (Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah). Perkara pertama yang perlu ada, adalah akaun future trading. Jika anda pernah trade saham, CDS saham tidak boleh guna untuk trade FCPO. Perlu buka akaun trading yang baru. Anda boleh buka akaun trading Philip Capital dan dapatkan quarter margin untuk modal trading yang lebih rendah. Untuk buka akaun, boleh follow guide langkah demi langkah dengan klik disini ya.
Masa dagangan untuk trading FCPO terbahagi kepada 3 sesi iaitu sesi malam (pukul 9.00 malam – 11 malam), sesi pagi (10.30 pagi – 12.30 tengahari) dan sesi petang (2.30 petang – 6 petang). Jadi, trade hanya jika berkelapangan. Jangan overtrade kerana nanti akan banyak kena banyak brokerage fee. Berapa RM brokerage fee? Bagaimana kiraan untung rugi? Apakah teknik trade yang boleh digunakan? dan sebagainya, kami ada sediakan satu video lengkap tentang persoalan bagaimana dan apa yang anda perlu tahu tentang trading FCPO. Boleh tonton video dibawah ini. Semoga bermanfaat. Sekadar info dan pembelajaran. Jemput like video dan subscribe youtube channel sebagai tanda sokongan.

















