INDICATOR adalah alat bantuan didalam membuat analisis chart saham dan juga sebagai panduan untuk kita membuat keputusan untuk belian (buy) sesuatu kaunter, hold (swing) atau jualan (sell) jika sedang hold sesuatu kaunter. Jadi dengan memahami tentang penggunaan indicator, sedikit sebanyak dapat memberikan KETENANGAN EMOSI dan juga KEYAKINAN untuk trade. Selain itu, ianya juga dapat membantu kita memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian. Cuma, jika dilihat ada terlalu banyak indicator chart yang boleh digunakan. Ini juga menyebabkan kekeliruan dan kecelaruan signal jika tersilap memilih kombinasi indicator semasa membuat analisis chart.
Terdapat beberapa kumpulan indicator yang dipengaruhi oleh fungsi penggunaannya. Ramai yang tersilap dengan menggunakan beberapa indicator dalam kumpulan yang sama semasa membuat analisis chart. Jadi, signal dan keputusan lebih kurang sama, hanya chart pula yang berserabut dengan indicator. Jadi, untuk kelas “PEMANTAPAN ILMU PENGGUNAAN INDICATOR DALAM ANALISIS CHART” ini kita akan pelajari dan bincangkan tentang EMPAT (4) INDICATOR yang popular digunakan dan dari 4 KUMPULAN INDICATOR yang berbeza. Kenapa pilih indicator yang popular? Ini kerana, ianya memberikan pengaruh kepada pergerakan harga kerana ramai yang mempunyai pemahaman yang sama. Contohnya, harga cross up EMA50 menandakan kaunter dalam kekuatan bullish. Jika, ramai yang mempunyai pemahaman dan pemerhatian yang sama, jadi ramai trader yang akan buat belian kaunter tersebut. Jadi, kaunter akan menjadi lebih aktif dan harga lebih mudah untuk membuat kenaikkan.
Apakah empat indicator yang akan di pelajari? Kita akan pelajari teknik trade dengan menggunakan indicator – indicator di bawah ini:
- Exponential Moving Average, EMA (dari kumpulan indicator Moving Average)
- Bollinger Band, BB (dari kumpulan indicator Band)
- Moving Average Convergence Divergence, MACD (dari kumpulan indicator Trend)
- Relative Strength Index, RSI (dari kumpulan indicator Momentum)
Selepas mempelajari tentang teknik trade dengan indicator – indicator di atas yang merangkumi penerangan tentang teknik penggunaan, signal belian, hold dan jualan dan dimanakah untuk entry dan exit terbaik, kita akan pelajari tentang teknik scan kaunter bullish berdasarkan 4 indicator di atas.
Hasil daripada scanner / screener (guna tradingview), kita akan kaji dan analisis halatuju chart (sekurang – kurangnya 5 chart) berdasarkan kombinasi 4 indicator yang telah dipelajari. Kemudian pelajari tentang bagaimana untuk setup trading plan yang lengkap dengan Cut Loss, Entry Price, Support, Resistance dan Aras Target (TP).
Kelas secara ONLINE dengan menggunakan Aplikasi ZOOM WEBINAR. Link zoom untuk kelas akan dihantar ke email dua hari sebelum kelas berlangsung. Tarikh kelas 7 Januari 2023 (Sabtu). Mula pukul 10.00 pagi dan berakhir sehingga semua silibus pembelajaran dan perbincangan tamat. Jadi, mungkin kelas separuh hari. Banyak yang boleh dipelajari dan dibincangkan. Pendaftaran awal akan diberikan link untuk sertai Private Telegram “Ichivergence (tekniktrade.com) Members Channel” terlebih dahulu.
VIDEO kelas akan diberikan selepas kelas untuk rujukan dan pembelajaran. Boleh ulang – ulang tonton untuk pemahaman. Selain itu, semua peserta layak untuk sertai PRIVATE TELEGRAM “ICHIVERGECE (TEKNIKTRADE.COM) MEMBERS CHANNEL” yang mengandungi perkongsian tentang news, catalist, broker house stock pick, kajian dan review kaunter berdasarkan news, catalist dan stock pick serta boleh juga join live perbincangan dan pembelajaran percuma dari semasa ke semasa. Jadi, memang sangat berbaloi untuk sertai kelas “PEMANTAPAN ILMU PENGGUNAAN INDICATOR DALAM ANALISIS CHART”. Minat nak sertai? KLIK SINI untuk REGISTER.